Dituduh Tidak Pernah Melawat Anak Oleh Elly Mazlein : Azmi Hatta Enggan Komen Lanjut

Hiburan

Dituduh Tidak Pernah Melawat Anak Oleh Elly Mazlein : Azmi Hatta Enggan Komen Lanjut

Semalam, Elly Mazlein menerusi sebuah akhbar meluahkan rasa kecewa terhadap bekas suaminya, Azmi Hatta yang tidak pernah melawat anak mereka Putri Sara Sefhia sejak anak itu dilahirkan kira-kira enam bulan lepas.

Advertisement

Malah, menurut Elly, Azmi juga tidak pernah menghubunginya untuk bertanyakan khabar anak mereka.  Difahamkan, mahkamah sudah memberi hak lawatan seminggu sekali kepada Azmi.

Meskipun seolah-olah dituduh sebagai seorang bapa yang tidak bertanggungjawab, Azmi bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut mengenai kenyataan Elly dan meminta agar  perkara itu ditanyakan kepada bekas isterinya sendiri.

Saya tiada apa-apa nak komen tentang perkara itu, apa-apa awak boleh bertanya kepada Elly sahaja. Doakan yang baik-baik sahaja okey.

Elly Mazlein dan Azmi Hatta berkahwin pada 9 November 2014 dan mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015. Sewaktu mereka bercerai, Elly sedang mengandung anak mereka.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...