Dituduh Tayar Kereta Pecah Kerana Memandu Laju Di Lebuh Raya, Isteri Sufie Rashid Tampil Buka Mulut

Hiburan

Dituduh Tayar Kereta Pecah Kerana Memandu Laju Di Lebuh Raya, Isteri Sufie Rashid Tampil Buka Mulut

Terbabit dalam kemalangan kecil di lebuh raya PLUS, Isteri kepada penyanyi Sufie Rashid, iaitu Nurulain tampil menafikan dakwaan segelintir pihak yang  yang menyatakan suaminya bertindak memandu laju.

Sufie rashid tayar pecah

Advertisement

Nurulain juga memaklumkan kejadian itu berlaku ketika pasangan ini dalam perjalanan pulang dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur pada Ahad malam.

Sufie rashid tayar pecah

“Orang anggap kitorang speeding sebab tu tayar pecah tapi bukan sebab speeding. Tayar pecah selepas 15 minit keluar tol Kulai. Dan Sufi tak speed pun, lagipun hujan semalam. Benda ni jadi cepat gila, masa dengar bunyi tayar pecah tu, kereta dah bergegar dah.”

Katanya lagi, beliau juga tidak terlepas menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan mereka.

Sufie rashid tayar pecah

“Sufi cuba untuk pergi kiri. Tayar pecah belah kanan depan, jadi Sufi struggle untuk tahan steering ke kiri. Kalau tak kuat nak tahan ke kiri, taktahu nak jadi apa. So stop assuming! Kami membeli kereta ini sebulan yang lalu ada kemungkinan tayar ni tamat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan.”

Untuk rekod, pasangan ini tampil memaklumkan kepada umum bahawa kedua-dua mereka kini berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang masalah.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...