Dituduh Tarik Muka Ketika Sesi Fotografi, Ungku Ismail Tunjuk Bukti Cerita Sebenar Yang Terjadi

Hiburan

Dituduh Tarik Muka Ketika Sesi Fotografi, Ungku Ismail Tunjuk Bukti Cerita Sebenar Yang Terjadi

Power!!! Selalu kalau artis tampil untuk menafikan khabar angin, gosip, tuduhan atau fitnah, jarang dibawa bukti untuk menunjukkan mereka berada di pihak yang benar. Namun tidak bagi pelakon Teman Lelaki Upahan, Ungku Ismail ini. Dituduh lewat tiba 3 jam ke sebuah sesi fotografi dan juga bermasam muka sepanjang penggambaran berlangsung, Ungku Ismail muncul dengan bukti perbualan bersama media tersebut dan juga cerita sebenar yang terjadi.

ungku ismail

Advertisement

Berdasarkan bukti perbualan di Whatsapp, Ungku Ismail sudah memaklumkan lebih awal tentang kelewatannya. Malah penangguhan yang diminta oleh Ungku Ismail juga dipersetujui oleh pihak media tersebut. Tak sangka pula apabila selesai semuanya, keluar gosip murahan menyatakan Ungku Ismail tidak menepati janji dan tidak profesional sepanjang penggambaran. Kata Ungku Ismail:-

Saya tak gemar kepada publisiti murahan seperti ini kerana saya jaga reputasi kerja dengan baik. Tetapi bila cerita itu keluar, saya jadi ‘sentap’ dan tak boleh terima.

Peliknya saya sudah memaklumkan mereka bahawa saya akan lewat sampai kerana sehari sebelum itu kerja saya habis sehingga lewat pagi. Dan mereka pun bersetuju untuk melewatkannya. Tak sangka pula ia menjadi gosip di akhbar.

Saya sanggup mencari masa untuk menjalani fotografi itu walaupun tidak ada masa memandangkan sudah tiga kali pihak penerbitan itu menghubungi saya. Bila jadi macam ini, saya rasa tak seronok. Ia bukan sahaja memalukan diri tetapi juga keluarga saya

ungku ismail

Malah Ungku Ismail juga turut memaklumkan konsep sesi fotografi tersebut bukanlah seperti yang dimaklumkan kepadanya. Namun atas dasar profesional, Ungku Ismail menurut sahaja kehendak media tersebut dan tidak mengeluh walaupun penggambaran berlarutan selama 3 jam. Kata Ungku Ismail lagi:-

Ketika tiba di lokasi, saya meminta maaf kepada mereka dan kemudian menjalani sesi fotografi seperti biasa.

Walaupun penggambaran tersebut mengambil masa sehingga tiga jam untuk dua baju sahaja saya tidak merungut pun. Tambahan pula konsep fotografi itu tidak seperti yang dibincangkan sebelum ini.

Cuma saya bertanya sebanyak dua kali bila fotografi itu akan selesai kerana jika ia habis lewat, saya mahu batalkan kerja lain pada hari tersebut. Mungkin mereka tidak senang dengan pertanyaan saya itu.

Isu-isu seperti ini membuatkan saya berasa putus asa, takut dan malas untuk terlibat dengan kerja-kerja membabitkan media, takut jika disalah tafsir sedangkan saya mahu berkenalan dengan pihak media lebih rapat

ungku ismail

Pastinya pihak media dan pihak yang menjaja tuduhan ini tidak senang duduk mendengar penjelasan kukuh daripada Ungku Ismail. Sebelum ini pun Ungku Ismail memang tidak pernah dihinggapi sebarang kontroversi. Mungkin ada pihak yang cemburu dengan kepopularitiannya kini. Siapa tahu kan? Apa pun kepada para selebriti lain, tirulah Ungku Ismail yang menyimpan segala bukti perbualan untuk kegunaan di masa hadapan. Hehehe. Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...