Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dituduh Tamak Harta Arwah Anak, AR Badul Terkilan Dengan Sikap Menantu

Pelakon dan pelawak veteran, AR Badul, zahir rasa terkilan dan kecil hati dengan menantunya, Nour Shafinar Harun selepas beliau khabarnya mendakwa pelakon tersebut tamakkan harta Allahyarham anaknya.

Advertisement

Menurut Badul, beliau langsung tidak pernah terfikir dan berniat mengejar harta anaknya kerana sedar arwah anaknya itu tidak mempunyai banyak harta.

“Saya hanya inginkan penjelasan kenapa tak dapat pencen Allharyaham. Apakah bapa seperti saya yang tidak menjaga anaknya tidak layak dapat? Itu saja yang saya nak tahu pada awalnya. Tak sangka pula sampai melarat macam ini hingga balu arwah mendakwa saya tamakkan harta. Saya tak pernah tanya pun apa-apa berkaitan jumlah pampasan yang diterima, saya hanya nak tahu penjelasan mengenai pencen itu.”

Katanya lagi, susulan tidak pernah berjumpa dan berbincang, beliau tidak pernah bertanya mengenai wang atau apa saja pampasan kepada menantunya itu.

“Ketika saya batalkan niat untuk buat inkues terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung kematian anak saya, memang tak pernah tanya pun soal duit atau harta. Kalau betullah saya ini tamak duit atau harta arwah, sudah tentu saya bertanya kepada pihak ATM sejak awal lagi berapa jumlah pampasan yang bakal saya peroleh selepas batalkan inkues itu. Demi Allah, saya tak pernah tanya pun mengenainya. Saya seikhlas hati batalkan niat berkaitan inkues itu apabila mendapat jaminan daripada ATM bahawa nasib cucu iaitu Ebal Zulkarnain, 10, Remy Iskandar, 9, termasuk Izzul Zakly akan terjaga dengan baik dan terus terbela hingga mereka dewasa.”

Advertisement

Malah, beliau juga turut menafikan dakwaan yang dirinya sudah mendapat wang faraid sebanyak RM5,500 untuknya.

Ar badul kecewa dengan menantu

Kredit – Metro

“Saya tak ada dapat apa-apa pun duit sampai sekarang. Malah, apa yang saya nak tahu sangat sebenarnya mengenai pencen itu. Kalau tak layak, apa penjelasannya. Saya tegaskan lagi, bukan nak rebut atau tamakkan harta. Sejak isu ini timbul, macam-macam orang kecam saya kerana mereka tak tahu cerita dan boleh tulis apa saja serta cakap ikut suka di media sosial. Biarkanlah, kerana cakap memang sedap sebab tak kena pada diri sendiri.”

Untuk rekod, Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, 37, telah meninggal dunia dalam insiden tertembak ketika gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Sabah pada 4 September tahun lalu.

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

10 Comments

  1. Zuria

    December 10, 2020 at 8:21 pm

    Mana anak-anak AR Badul yang lain? Anak-anak lain hulur la sikit asal jangan diambil hak anak saudara yg kecik2. Pencen pun dalam RM1000 kan hari tu news sebut. Ada banyak persoalan di sebalik isu pencen arwah ni dan siapa anak Badul yg lain.

  2. Anonymous

    December 10, 2020 at 1:08 pm

    Allah.. pencen bukan kategori harta pusaka. memang tak layak untuk di faraid. basic ni.

  3. tecit

    December 10, 2020 at 11:58 am

    xpenah ku dengar pencen dpt kt bapak.

  4. Anonymous

    December 10, 2020 at 10:39 am

    Pencen Terbitan

    Pencen Terbitan merupakan suatu faedah persaraan yang dibayar setiap bulan kepada balu atau duda, dan anak anggota berpencen atau pesara yang telah meninggal dunia. Formula penghitungan Pencen Terbitan adalah sama dengan formula yang digunakan bagi Pencen Perkhidmatan.

    Takrif anak menurut undang – undang pencen ialah anak yang di bawah umur 21 tahun dan belum berkahwin, termasuk anak angkat, anak tiri dan anak tak sah taraf. Bagi anak yang cacat atau hilang upaya dari segi jasmani secara kekal serta tidak berupaya menanggung nafkahnya sendiri, tiada had umur ditetapkan.

    Kadar bayaran pencen terbitan adalah mengikut pembahagian syer berikut :

    Balu/Balu-balu/Duda
    2 syer bagi tiap-tiap seorang balu/duda

    Anak-anak
    1 syer bagi tiap-tiap seorang anak.

  5. Anonymous

    December 10, 2020 at 8:23 am

    Bila masa pulak pencen dapat kat bapa? Buat malu je heboh kat media nak penjelasan kenapa tak layak dapat pencen
    Bengong betul la si Badul ni…dah sesak sangat ke?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama