Semalam, tular berita mengenai penaja pemain badminton Malaysia, Lee Zii Jia iaitu Victor mencetak bendera Malaysia terbalik dan susulan itu, pihak mereka telah membuat permohonan maaf serta memastikan tidak akan berlaku lagi di masa akan datang.
Cetak bendera terbalik di baju
Bendera Malaysia melambangkan perpaduan dan identiti. Justeru, kami amat kesal dengan sebarang tindakan tidak disengajakan yang disebabkan oleh kesilapan ini.
Dalam pada itu, terdapat juga beberapa pihak yang mempersoalkan Zii Jia yang dikatakan seolah-olah sengaja memakai baju bendera terbalik itu, di mana ia dianggap sangat sensitif kerana melibatkan bendera kebangsaan.
Peminat tunjuk bukti Zii Jia tak bersalah
Tidak mendiamkan diri, peminat tampil pertahankan pemain badminton tersebut dengan memaparkan bukti bahawa Zii Jia sama sekali tidak sedar mengenai bendera itu telah dicetak terbalik.
Siapa nak video tukar baju Lee Zii Jia kemarin. Tengok lah baju tu baju baru masih ada tag ya. pic.twitter.com/QhVOD0TMoL
— ً (@galilelleo) December 12, 2024
Disebabkan itu, netizen kebanyakannya menganggap tidak adil untuk menyalahkan Zii Jia, tetapi percaya kejadian ini boleh dijadikan pengajaran buat semua pihak di masa hadapan agar lebih peka.