June 20th, 2020

Wani Kayrie nampaknya telah menjadi perhatian netizen apabila dia ada memuat naik video TikTok berwajah hitam yang telah dikongsi olehnya sendiri di laman instagram miliknya.

Namun, video tersebut telah tersebar di ruangan twitter pula apabila seorang netizen telah memuat naik video itu kembali sambil mengkritik Wani yang tidak sensitif dengan isu warna kulit yang melibatkan kaum kulit hitam.

Berikutan itu, Wani Kayrie atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah,20, telah tampil membuat permohonan maaf secara rasmi di laman instagram miliknya semalam kerana enggan memanjangkan isu ini.

Dia yang kesal dengan video ‘Dayang Senandung’ itu telah memadam video terbabit¬† dan menjelaskan dirinya tidak langsung mempunyai niat untuk menghina mana-mana pihak. Ini berikutan isu Black Lives Matter (BLM) yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Dia juga berkata penampilan tersebut hanya semata-mata untuk menghayati watak dalam sebuah drama berjudul Dayang Senandung yang dibintanginya.

“Wajah saya menjadi warna hitam bukan berniat untuk semata-mata rakam video tersebut tapi penampilan itu untuk watak dalam drama Dayang Senandung. Kebetulan lepas habis penggambaran, saya buat rakam video TikTok tapi bukanlah untuk menghina mana-mana pihak atau menggores hati sesiapa pun,”

Dia yang ditemui mStar berkata bahawa permohonan maaf telah dikeluarkan oleh dirinya dan pihak pengurusan Suria Records Sdn. Bhd.

View this post on Instagram

A post shared by WANI KAYRI?E ?? (@wanikayrie) on

 Wani juga menjelaskan bahawa dia sedar mengenai apa yang sedang berlaku sehingga video itu telah menjadi tular di twitter. Dia juga dilaporkan telah mengambil keputusan untuk memadam video tersebut demi menjaga nama baik semua pihak.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...