Susulan memuat naik video mendedahkan diri terkena jangkitan herpes akibat ‘telur masam’ suami, personaliti media sosial serta usahawan dessert, Kieda Crepe teruk dikecam netizen.
Netizen ‘jijik’ dengan Kieda dan suami
Dapat dilihat, rata-rata warganet meluahkan rasa ‘jijik’ dan negatif terhadap Kieda dan suaminya, Hilmi kerana membuat gurauan sedemikian secara terbuka tanpa ada rasa malu.
Tidak mendiamkan diri, Hilmi tampil pertahankan diri serta isteri dengan menyatakan ia hanyalah sekadar konten dan netizen tidak perlu mengambil serius tengang hal tersebut.
Kecewa netizen cepat sangat menghukum
Bahkan, sempat meluahkan rasa kecewa kerana segelintir netizen terlalu cepat menghukum isterinya.
Hang gelabah sangat ni. Konten sekadar hiburan bukan realiti. Come on ahh 2025 dah. Kalau realiti gurauan tu lagi kasar, tapi itulah media sosial ni cepat sangat nak menghukum.
Sebelum ini, Kieda Crepe memaklumkan dirinya terkena jangkita herpes simplex selepas bibirnya dipenuhi dengan bintik kecil.