Dituduh ‘Tak Kenang Budi’, Runner Viral Kecewa Dianiaya Cef Selebriti Jual Nasi Arab

Kehidupan

Dituduh ‘Tak Kenang Budi’, Runner Viral Kecewa Dianiaya Cef Selebriti Jual Nasi Arab

Seorang pengusaha penghantar barangan ataupun dipanggil sebagai ‘runner’ yang dikenali sebagai Akiff King of Roadtrip meluahkan rasa kecewa dengan sikap seorang cef selebriti yang menjalankan perniagaan nasi arab.

Ujarnya dalam luahan panjang lebar di Facebook, Akiff menegaskan bahawa dia bukanlah pemilik mana-mana produk dan tidak pernah membuat ‘hitam putih’ untuk terkait dengan sebarang jenama.

Advertisement
FacebookSumber : Facebook  

Jelas Akiff, konflik mula tercetus apabila dia mengambil keputusan untuk membawa masuk satu vendor makanan lain di Batu Pahat untuk urusan penghantaran ke seluruh Malaysia.

Keputusan itu dibuat kerana produk makanan daripada cef selebriti itu mula kurang mendapat sambutan sejak Aidilfitri yang lalu dan perlu memikirkan sesuatu untuk memastikan perkhidmatannya terus beroperasi.

FacebookSumber : Facebook  

Jadi kenapa perlu timbul isu pula dan pihak chef ini buat live video kat Page Facebook dia dengan membuat caption ‘kawan makan kawan’ siap ada part ‘kawan makan kawan part 2’ yang tak tahan tu. Kecewa pun ada.

Tuduhan semuanya tak berasas dan agak memalukan apabila Chef mula buat live di Page Facebook beliau (semua live yang menuduh saya dia dah delete) tapi saya masih ada lagi gambar tajuk dan caption live.

Cerita Akiff lagi, sebarang kos untuk penghantaran ‘road trip’ tidak pernah ditanggung oleh cef tersebut melainkan upah penghantaran makanan kepada pelanggan.

Berasa sangat kecewa dengan kenyataan cef selebriti yang terkenal dengan masakan nasi arab ketika di bulan Ramadan itu, Akiff meminta agar dia untuk tidak lagi memanjangkan isu.

Dia juga bertanyakan kepada netizen sama ada patutkah dia membuat satu video penjelasan ataupun berdiam diri sahaja.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pengantin dicekup
9 months ago

Gara-Gara 'Mak Cik Puaka' Tak Puas Hati, Suami Isteri Dicekup Khalwat Di Hotel Bajet - "Sebab Tak Makan Kat Kedai Dia"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...