Baru-baru ini, penyanyi rap Caprice memuat naik video memaparkan sekumpulan individu menaikkan bendera Malaysia yang dikibarkan bersama-sama bendera Israel.
Dalam video tersebut, turut dapat didengari kumpulan individu berkenaan menyanyikan lagu Negaraku yang menimbulkan banyak persoalan di dalam kalangan rakyat Malaysia.
Walau bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang mengkritik Caprice dengan menyatakan penyanyi rap kontroversi itu tidak mendapatkan sebarang informasi kerana menyebarkan video lama.
Tidak hanya menerima kritikan, Caprice tampil mempertahankan diri sendiri dengan menjelaskan dia telah menerangkan dari awal video itu merupakan sebuah video lama.
Sekadar info, pihak berkuasa telah pun membuka satu kertas siasatan berkaitan penyebaran klip video kontroversi itu.