Dituduh Tak Ada ‘Class’ Gara-Gara Perli Bekas Suami, Cik Epal Tampil Pertahankan Diri – “Saya Tak Hadap ‘Validation’ Orang..”

Trending

Dituduh Tak Ada ‘Class’ Gara-Gara Perli Bekas Suami, Cik Epal Tampil Pertahankan Diri – “Saya Tak Hadap ‘Validation’ Orang..”

Sebelum ini, pempengaruh dan usahawan terkenal, Cik Epal membuat hantaran ucapan berbaur sindiran apabila bekas suaminya iaitu Jofliam selamat bernikah dengan wanita pilihan hatinya, Emira Delyati Dewi.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang meluahkan rasa kurang senang terhadap hantaran tersebut dengan mengatakan Cik Epal seolah-olah tidak ‘classy’.

Advertisement

Cik Epal tak terkesan dengan komen negatif

cik epal

 

Menyedari hal tersebut, pempengaruh itu mengakui dia tidak terkesan dengan kata-kata negatif yang dilemparkan oleh netizen terhadap dirinya.

Malah, dia menegaskan dia tidak memerlukan pengesahan sesiapa pun untuk membuatkan dirinya nampak ‘classy’ di mata masyarakat.

Saya tak pernah hadap validation orang untuk nampak saya ‘classy’. Saya hanyalah seketul Cik Epal gonjeng dari dulu sampai sekarang.

 

Awak suka saya, Alhamdulillah. Kalau tak suka saya, saya tak pernah kisah.

Lebih rela jadi diri sendiri

cik epal

Tambahnya lagi, dia lebih rela menjadi diri sendiri daripada wanita yang bersikap talam dua muka dan berpura-pura baik di hadapan orang lain.

Saya enjoy sahaja jadi diri saya. Saya lagi prefer awak benci saya sebab saya jadi diri sendiri daripada awak suka saya sebab saya berperangai munafake.

 

Kalau saya tak kena dengan tekak awak, awak carilah orang yang sesuai dengan tekak awak. Mudah bukan? Saya tak boleh nak puaskan tekak semua orang.

Jofliam & Dewi Sah Suami Isteri, Ucapan Tahniah Cik Epal Tarik Perhatian - “Takut Abang Curang, Boleh Sorok Dalam Almari"
23 hours ago

Jofliam & Dewi Sah Suami Isteri, Ucapan Tahniah Cik Epal Tarik Perhatian - “Takut Abang Curang, Boleh Sorok Dalam Almari"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...