Dituduh Sondol Rumah Tangga Sehingga Bercerai, Penyanyi Terkenal Didakwa Curang Dengan Polis

Hiburan

Dituduh Sondol Rumah Tangga Sehingga Bercerai, Penyanyi Terkenal Didakwa Curang Dengan Polis

Penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslaw didakwa menjadi penghancur rumah tangga seorang wanita di mana penyanyi itu dikatakan curang dengan seorang anggota polis.

Berita itu kemudiannya menjadi tular di negara itu dan tia tidak dapat diterima peminatnya.

Advertisement

Seorang wanita bernama Masnawati Masud tampil membuat satu video di mana dia mendakwa dirinya telah menjadi mangsa Melly dan bekas suaminya kira-kira 15 tahun yang lalu.

Ujar wanita itu, dia telah mencuba pelbagai cara untuk menghubungi Melly namun tidak pernah dilayan.

Saya Masnawati Masud. Saya membuat video ini karena saya sulit menghubungi saudari Melly Goeslaw. Segala upaya saya sudah tempuh.

Semoga saudari Melly Goeslaw melihat pesan saya ini, agar beliau berkenan bertemu dengan saya perihal urusan kita yang belum selesai. Terima kasih.

Masnawati berkata meskipun dia tidak pernah ‘menangkap’ kedua-duanya sebelum ini, namun dia percaya Melly adalah punca dia diceraikan dan berpisah dengan anak-anaknya.

Tindakan wanita itu walau bagaimanapun dikecam peminat Melly terutamanya kerana mereka menyifatkan dia hanya ingin mencari publisiti murahan kerana perkara itu sudah 15 tahun berlalu.

Melly juga masih belum memberi sebarang kenyataan rasmi mengenai tuduhan tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Suhaimi saad
5 months ago

"Saya Mohon Maaf Bagi Pihak Dia" - Ina Naim Reda, Maklum Arwah Suhaimi Saad Hanya Mahu Hidup Sampai 43 Tahun Sahaja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...