Dituduh ‘Sondol’ Ketika Andika Putera Masih Berstatus Suami Orang Lain, Dr Amalina Bersuara – “Kami Kenal 5 Bulan Lepas..”

Trending

Dituduh ‘Sondol’ Ketika Andika Putera Masih Berstatus Suami Orang Lain, Dr Amalina Bersuara – “Kami Kenal 5 Bulan Lepas..”

Melalui platform TikTok, isteri kepada pempengaruh popular, Andika Putera iaitu Dr Amalina Aiza mendedahkan dirinya sering kali menerima fitnah serta tanggapan yang tidak baik daripada warganet.

Dr Amalina dituduh jadi penyondol

Tampil mempertahankan diri, Dr Amalina menyatakan dirinya bukanlah seorang penyondol dan mengenali hati budi Andika ketika lelaki terbabit sudah pun berstatus single.

Advertisement

Menurut wanita tersebut, dia mengenali pempengaruh berkenaan pada bulan Mei 2024, di mana Andika sudah bercerai selama lima bulan ketika itu.

Saya sudah jelas dengan status Andika dan ketika itu saya difahamkan semuanya sudah selesai.

Minta netizen hentikan fitnah

Susulan itu, Dr Amalina memohon agar orang ramai tidak mencetuskan dakwaan yang boleh menimbul tanggapan negatif demi kesejahteraan semua pihak.

Tentang Old Money style pula, saya cuma nak tegur dia tak ada kaitan pun dengan yang lepas, itu antara kami sahaja. Saya cuma nak ubah dia jadi lebih baik dan tak boros berbelanja.

Sekadar info, sebelum mendirikan rumah tangga dengan Dr Amalina, Andika pernah berkahwin dengan seorang wanita bernama Ananda Natasha dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Tetapi perkahwinan tersebut tidak bertahan atas faktor tiada persefahaman.

isteri andika putera
2 months ago

"Saya Tak Pilih Doktor Sebab Dua-Dua Sibuk, Bosan Sikit" - Isteri Dedah Sebab Pilih Andika Putera Sebagai Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...