Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dituduh Sindir Sharifah Rose Sebagai ‘Instafamous’ Jadi Pelakon, Izara Aishah Beri Jawapan Balas

izara dan sharifah rose

Kelmarin, pasti anda ada terbaca ciapan Izara Aishah yang mempersoalkan lambakan ‘instafamous’ ataupun personaliti media sosial yang kini sering menghiasi pelbagai naskhah tempatan.

Katanya, stesen televisyen dan pihak produksi kini lebih mementingkan pengaruh pelakon di media sosial berbanding dahulu di mana para pelakon perlu menjalani uji bakat dan mempunyai latar belakang dalam seni persembahan sebelum mendapat tawaran berlakon.

Advertisement

Meskipun tidak menujukan ciapan tersebut kepada sesiapa namun para netizen meneka dan asyik menyebut nama Sharifah Rose sebagai individu yang dimaksudkan disebaliknya.

Advertisement

Ini kerana ‘instafamous’ itu pernah mempunyai hubungan yang rapat dengan Izara memandangkan dia pernah bercinta dengan adik Muhammad Adib, suami kepada pelakon wanita itu.

Walaubagaimanapun, Izara menepis dakwaan tersebut dan mendoakan terbaik buat karier Sharifah Rose selain mengakui bahawa gadis itu telah pun menceburi bidang lakonan sebelum menjadi personaliti media sosial lagi.

izara dan sharifah rose

Dalam pada itu, Sharifah Rose dilihat tidak mengendahkan mengenai insiden tersebut namun ada menulis ciapan yang seakan-akan seperti balasan kepada ciapan Izara.

Malah pelakon wanita itu turut bertanya sama ada ciapan tersebut adalah untuknya.

izara dan sharifah rose

Izara turut menjelaskan bahawa dia hanya melihat kualiti lakonan para personaliti media sosial yang sudah pun memulakan karier mereka dan bukannya yang baru mahu mengorak langkah.

izara dan sharifah rose

Advertisement

Selain itu, dia turut mengkritik pelakon yang lebih pentingkan kecantikan dan tidak serius semasa di set penggambaran.

izara dan sharifah rose

Izara tuju secara am sahaja, malah tak salah pun apa yang dipersoalkan itu. Betul tak?

SUMBER : Twitter
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. Anonymous

    March 20, 2021 at 11:48 am

    biarlah instafamous or whoever yg berminat nak berkarier di industri seni. sokong sesama artis kan bagus. mula mmg mungkin lakonan tak berapa mantap, lama2 nanti ok la juga. Izara dulu pun bkn pandai sgt berlakon. Level primadona Erra Fazira pun takde pulak dok sindir org lain cari rezeki macam ni. Takda benda baik nakkomen, kan bagus diam & sokong lah industri seni tempatan.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top