Ketika wabak COVID-19 mengganas, pihak kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan meminta agar orang ramai duduk di rumah dan mengurangkan aktiviti luar bagi memutuskan rangkaian virus tersebut. Malah, rakyat juga tidak perlu ‘panic buying’ kerana bekalanan makanan cukup untuk semua dan membeli keperluan berpada-pada.
Menerusi akaun Instagramnya, Datin Paduka Eina Azman meluahkan rasa berang apabila ada netizen menuduhnyapenting diri dan tamak membeli barang keperluan diri sendiri sebanyak 6 troli hingga menyebabkan pasaraya kehabisan barang.
Menurut Eina, dia membeli barang keperluan untuk tiga buah rumah dan sebelum perintah berkurung dijalakan, dia juga sempat memberikan sumbangan makanan kepada beberapa orang yang memerlukan dan susah tetapi ia tidak dihebahkan kepada umum.
Itulah, kalau tidak tahu apa-apa jangan membuat sebarang tuduhan. Kelak diri sendiri yang malu.