Pelakon Mira Filzah tampil menafikan bahawa dialah selebriti yang dimaksudkan pempengaruh yang didakwa biadab dan mempunyai perangai ‘syaitan’.
Ini berikutan komen-komen netizen yang mula ‘memetik’ nama Mira sebagai pelakon yang pernah membaling skrip kepada kru penggambaran dan ‘talam dua muka’.
Mira yang ditemui media berkata dia tidak tahu mengapa namanya ‘dipetik’ sedangkan selama 10 tahun dia terlibat dalam bidang seni, dirinya tidak pernah melemparkan barang kepada mana-mana individu.
Kenal dia pun tak. Hampir 10 tahun berlakon, tak pernah saya baling apa-apa pun pada orang.
Terdahulu, pempengaruh Ceddy menerusi siaran Podcast ada menampilkan ‘influencer’ yang dikenali sebagai Sarancak dan Nell dalam satu episodnya.
@syoksyoksyok Wah! betul-betul rancak eh episod kali ni! OMG! Very the HOT TEA! ??? Biar betul! Campak skrip? Takkan la! Tapi orang industri memang lebih tahu kan…..siapa agaknya selebriti misteri yang Sarancak ngan Nell cakap ni? Korang rasa siapa? Banyak lagi tau hot tea! Korang kena tengok episod penuh Sembang Atas Dulang Musim Kedua! @Ceddy – CEO of Makan Makan @Nell Hanan @Sarancak #podcast #ttylpodcast #sarancak #nellhanan #ceddy #selebriti #selebritimalaysia
Kedua-dua wanita itu kemudian berkongsi pengalaman bekerja bersama seorang selebriti yang dianggap ‘sweetheart’ dalam kalangan peminat sebaliknya mempunyai perangai buruk dan bermasalah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.