Dituduh Sebarkan Cerita Rossa Sera Jadi ‘Penyondol’, Isteri Shuk Sahar Bersuara – “Sebenarnya Ramai Dah Tahu…”

Hiburan

Dituduh Sebarkan Cerita Rossa Sera Jadi ‘Penyondol’, Isteri Shuk Sahar Bersuara – “Sebenarnya Ramai Dah Tahu…”

Isteri kepada Shuk Sahar, Fara Salleh menafikan dakwaan bahawa dia merupakan individu yang menularkan cerita mendakwa Rossa Sera merupakan ‘penyondol’ suami orang.

Fara menegaskan dia tiada kena mengena dengan pendedahan tentang bekas isteri suaminya itu malah berkata ada pihak yang menghantar mesej kepadanya bercerita tentang isu tersebut.

Advertisement

fara salleh

 

Ada orang DM

Menerusi Instagram, Fara ada memuat naik tangkap layar perbualannya bersama seorang wanita yang mendakwa suaminya curang dan menjalinkan hubungan bersama Sera.

Ada orang DM saya tentang ini. Jadi akaun palsu itu bukan saya. Sebenarnya ramai dah tahu.

Bagaimanapun, Fara kemudian bertindak memadam semula hantaran di Instagram story tersebut hanya selepas beberapa minit ia dimuat naik.

fara salleh

 

Isteri naik turun mahkamah fail cerai

Difahamkan, wanita yang mendakwa suaminya telah ‘disondol’ oleh Rossa telah ke mahkamah untuk memfailkan penceraian dan perkara itu didedahkan oleh seorang individu menerusi aplikasi X.

Terdahulu, pelawak itu mengesahkan telah mendirikan rumah tangga bersama Fara pada November tahun lalu dan pada bulan yang sama juga Sera mengumumkan sudah bertunang namun merahsiakan status dan wajah lelaki tersebut.

Fara Salleh

Rossa Sera
9 months ago

"Kesian Kakak Aku, Naik Turun Mahkamah Sebab Nak Cerai" - Isteri Kepada Lelaki Didakwa 'Disondol' Rossa Sera Sudah Fail Penceraian?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...