Dituduh Salah Guna Kuasa Dalam Syarikat Produksi, Datuk Seri Eizlan Yusof Mahu Saman Datuk Hans Isaac

Hiburan

Dituduh Salah Guna Kuasa Dalam Syarikat Produksi, Datuk Seri Eizlan Yusof Mahu Saman Datuk Hans Isaac

Pelakon drama terkemuka, Datuk Seri Eizlan Yusof tampil meluahkan perasaan kesal di atas tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh bekas pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Hans Isaac yang didakwanya telah melakukan penyalahgunaan kuasa membabitkan sebuah syarikat produksi iaitu Excellent Pictures Sdn. Bhd.

Eizlan yang juga salah seorang Ahli Lembaga Pengarah FINAS mendakwa tuduhan yang dibuat Datuk Hans Isaaz telah mencemarkan nama, imej dan reputasinya sedangkan dia tidak mempunyai kaitan dengan syarikat terbabit sebagai pengarah mahupun pemegang saham.

Advertisement

Menurut Eizlan lagi,  tuduhan itu telah dibuat oleh Hans menerusi ‘group’ Whatsapp milik Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) pada Isnin lalu.

“Tuduhan yang dibuat pada 16 November 2020 oleh Datuk Hans Isaac melalui kumpulan Whatsapp Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) mempunyai ahli melebihi 200 orang dalam kumpulan tersebut. Dakwaan palsu Hans ini secara langsung telah tular dan masih berlarutan sehinggakan telah mencalar nama baik dan reputasi saya, menganggu fokus dan saya turut menerima tekanan daripada pelbagai pihak. Ini tak langsung memberi kesan secara langsung kepada karier dan perniagaan saya,”

Susulan daripada peristiwa itu, Eizlan telah mengambil keputusan untuk melantik peguam bagi mewakili dirinya dalam memulakan proses perundangan. Dia difahamkan telah mengambil tindakan undang-undang berupa saman terhadap Datuk Hans Isaac dan proses tersebut sedang berlangsung.

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...