Pelakon drama terkemuka, Datuk Seri Eizlan Yusof tampil meluahkan perasaan kesal di atas tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh bekas pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Hans Isaac yang didakwanya telah melakukan penyalahgunaan kuasa membabitkan sebuah syarikat produksi iaitu Excellent Pictures Sdn. Bhd.
Eizlan yang juga salah seorang Ahli Lembaga Pengarah FINAS mendakwa tuduhan yang dibuat Datuk Hans Isaaz telah mencemarkan nama, imej dan reputasinya sedangkan dia tidak mempunyai kaitan dengan syarikat terbabit sebagai pengarah mahupun pemegang saham.
Menurut Eizlan lagi, tuduhan itu telah dibuat oleh Hans menerusi ‘group’ Whatsapp milik Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) pada Isnin lalu.
“Tuduhan yang dibuat pada 16 November 2020 oleh Datuk Hans Isaac melalui kumpulan Whatsapp Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) mempunyai ahli melebihi 200 orang dalam kumpulan tersebut. Dakwaan palsu Hans ini secara langsung telah tular dan masih berlarutan sehinggakan telah mencalar nama baik dan reputasi saya, menganggu fokus dan saya turut menerima tekanan daripada pelbagai pihak. Ini tak langsung memberi kesan secara langsung kepada karier dan perniagaan saya,”
Susulan daripada peristiwa itu, Eizlan telah mengambil keputusan untuk melantik peguam bagi mewakili dirinya dalam memulakan proses perundangan. Dia difahamkan telah mengambil tindakan undang-undang berupa saman terhadap Datuk Hans Isaac dan proses tersebut sedang berlangsung.
Sumber : mStar Online
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.1 Comment
Tinggalkan Komen Anda Di Sini
Loading...
Anonymous
November 18, 2020 at 5:02 pm
jangan bergaduh. bawa berbincang. industri ni bukan besar mana. masing2 perlu memerlu. esok hari masih perlu kerjasama untuk memajukan industri ni