July 2nd, 2020

Nampaknya Fatin Afeefa langsung tak dapat berehat walaupun seketika daripada terpalit dengan kontroversi liar.

Meskipun baru-baru ini, wanita itu dikatakan kembali menjalinkan hubungan dengan suami orang, kini terdapat pula khabar angin yang mengatakan bahawa dia memutuskan hubungan persaudaraan kerana berebut harta pusaka.

fatin afeefa rebut harta sepupu

Seorang pengguna di Twitter dengan nama Shariz Rose mendedahkan bahawa pelakon wanita itu sebenarnya adalah sepupu kepadanya namun dia tidak mengaku bahawa mereka bersaudara selepas membolot harta kepunyaan arwah ibunya.

fatin afeefa rebut harta sepupu

“Mak korang dah mati, so secara automatik korang semua tak ada hak ke atas harta arwah.”

Individu ini menjelaskan bahawa walaupun nama ibunya masih ada pada geran tersebut namun ibu Fatin Afeefa kerap berdalih mengenai proses menguruskan harta tersebut.

fatin afeefa rebut harta sepupu

Bukan itu sahaja, individu tersebut turut menyatakan bahawa Fatin Afeefa pernah mencuri barang kemas milik ibunya sendiri. Namun abang individu ini yang dituduh melakukan perbuatan terkutuk tersebut sehingga disumbat ke dalam penjara dan turut dibelasah ketika ditahan.

fatin afeefa rebut harta sepupu

Bukan mahu mencari publisiti murahan, namun individu ini meluahkan kesemua perbuatan jahat keluarga Fatin Afeefa ini kerana ingin menegakkan keadilan buat keluarganya.

Katanya lagi, pelakon wanita itu langsung tidak mahu bergambar bersama sejak lama dahulu kerana penampilannya seperti orang kampung.

Namun tak sangka pendedahannya itu mendapat perhatian daripada ibu saudara yang lain sehingga mereka memintanya memadam tweet tersebut untuk berbincang secara baik.

fatin afeefa rebut harta sepupu

Selepas pendedahan yang ‘panas’ ini, terdapat seorang individu lain yang menghantar mesej terus mengenai hal tersebut ke Instagram Fatin Afeefa.

Pelakon itu kemudiannya mengatakan bahawa dia difitnah dan dia akan menggunakan jalan undang-undang untuk menyelesaikannya.

fatin afeefa rebut harta sepupu

Walaubagaimanapun, sepupu Fatin Afeefa ini tidak gentar dan mengatakan bahawa dia juga bersedia untuk berlawan bagi membuktikan bahawa segala dakwaannya adalah benar.

Nantikan perkembangan lanjut mengenai dakwaan ini.

Sumber: Twitter


4 responses to “Dituduh Rebut Harta Sepupu Sehingga Putus Saudara, Fatin Afeefa Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang?”

  1. Anonymous says:

    semua statement pasal urusan tanah pusaka agak fishy. kalau si mati ada anak lelaki, takdak satu undang2 pun dlm dunia ni blh halang hak si anak lelaki. pejabat tanah takkan senang2 biarkan. diorg ada record susur galur family kita. and diorg blh didakwa kalau salah pindah milik. mak fatin cuma pentadbir/pemegang amanah meaning dia berkuasa utk deal bukan berkuasa utk aturkan sapa yg berhak ke atas tanah pusaka tersebut.
    just sharing my knowledge with everyone. harta pusaka tak rumit. jadi rumit bila takdak ilmu.

  2. Anonymous says:

    aku percaya tang si my baby ni kena sailang ngan family faten tu. tapi tang faten cakap aku takde saudara kampung macam kau ni dahlah hitam tu rasa macam tak percaya je. kau nak netizen semua gelabah tetek backup kau lah pulak… nak kitaorang feed ego kau plak and bagitau kau yang muka putih melepak gebu macam ni pun hitam ke? sorry, ayat ni aku rasa si my baby ni reka2

  3. Anonymous says:

    part lain aku malas nak komen, part fatin cakap sepupu dia hitam tu yg paling lawak wei….! kau tu melepak sgt ke fatin? fake semata2 putih kau sbb masa kecik cerita tentang bulan tu berkerak je aku tgok wei… lol!

  4. aku perati lama says:

    berlaku je kes mcm ni kt family belah ayah aku. sama. knon nk kne ade itam putih spe yg akn dduk rumah pusaka kt melaka n jgn jual. letak la nma busu aku. org putrjaya nun.last2 bpknye nye msih idup lg iaitu atok aku sedap busu gi jual rumah org tua tu. merempat jadinya org tua tu idup rumah ank2. ank sndri tu bwat kt bpk sendri.

Leave a Reply to aku perati lama Cancel reply

Loading...