Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dituduh Pinjam Duit Sana Sini, Ara Johari Minta Penghutang Tampil Bersemuka Supaya Dapat Langsai Pinjaman

Penyanyi Ara Johari meminta sesiapa yang pernah memberi pinjaman wang kepadanya untuk tampil bersemuka supaya dia dapat melangsaikan hutang, jika ada.

Ini berikutan apabila ada desas desus mengatakan yang Ara gemar meminjam wang daripada ramai orang.

Advertisement

Tampil menafikan sekeras-kerasnya mengenai tuduhan itu, Ara atau nama sebenar Nurfarrah Izzatie Johari mengakui berasa tertekan apabila timbul cerita mengarut seperti itu.

“Kalau saya ada berhutang dengan sesiapa ke atau saya ada terpinjam seringgit dua ringgit ke, boleh tak DM saya terus. Sebab saya tak suka bila orang buat cerita mengarut. Kawan-kawan pun tak boleh nak percaya sekarang ni..”

Dia dilihat telah memuat naik pesanan khas tersebut menerusi Instagram Story miliknya, kelmarin. Tambah penyanyi lagu Paku itu lagi, dia tidak senang apabila namanya dicanang melakukan perkara seperti itu kerana merasakan dia sama sekali tidak pernah berhutang dengan sesiapa.

View this post on Instagram

A post shared by Ara Johari (@arajohari)

Ara turut memberi peringatan kepada individu di luar sana supaya tidak membuat cerita yang tidak benar tanpa bukti yang kukuh sehingga mencemarkan namanya di industri seni.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    November 15, 2020 at 4:47 pm

    Abang2 sangat rupa dia ni? Yg minat dia ni spesies apalah agaknya.

    • K.nani

      November 15, 2020 at 6:08 pm

      Itu style dia. Tak try hard nak tiru sapa2. To Ara good luck.

  2. Anonymous

    November 15, 2020 at 4:47 pm

    Abang2 sangat rupa dia ni? Yg minat dia ni spesies apalah agaknya.

    • Anonymous

      November 16, 2020 at 9:15 am

      x Nampak pun abg2.. cuma air muka kasar.. dan satu peringatan untuk awak .. apa jua rupa kita ni kerja Allah. Bukan kita.. kita siapa nak menidakkan apa yang Allah dah kurniakan tu.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama