Dituduh Perempuan S*ndal, Sarah Hildebrand Nekad Pindah Luar Negara

Hiburan

Dituduh Perempuan S*ndal, Sarah Hildebrand Nekad Pindah Luar Negara

Pelakon Sarah Hildebrand seringkali terpalit dengan kontroversi, sebelum ini dia dikecam kerana membuka hijab dan pada Ramadan lalu, dia menyatakan rasa kebenciannya terhadap orang yang ‘acah’ alim dalam bulan mulia tersebut.

Terbaru, Sarah mengeluarkan kenyataan bahawa dia hendak berpindah ke luar negara dan nekad untuk tidak balik ke Malaysia kerana kecewa dengan segelintir perangai rakyat Malaysia.

Advertisement

Menerusi postingannya di Instagram Story, dia menunjukkan seorang netizen Malaysia yang menuduhnya sebagai perempuan sundal hanya kerana dia berkahwin dengan warga asing.

sarah hildebrand

 

Dia juga berkongsi pandangannya menerusi ‘caption‘ entrinya di Instagram di mana dia berharap agar sesetengah orang mengubah mentaliti masing-masing supaya agar penduduk tidak terasa tertekan duduk di dalam negara ini.

Selain itu, dia juga berharap agar negara ini menjadi sebuah negara yang lebih sihat dan progresif untuk didiami.

Untuk pengetahuan, Sarah Hildebrand telah mendirikan rumah tangga dengan jejaka asing, Otto Gillen berdarah kacukan Filipina-Amerika.

Sarah Hildebrand mengamuk di IG Story
2 years ago

"F**k Off!" - Sarah Hildebrand Benci Ramai 'Acah' Alim Masa Ramadan, Minta Jangan 'Busybody'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...