Dituduh Penunggang Agama Kerana Kembali Berlakon, Abby Abadi Bidas Kenyataan Netizen

Hiburan

Dituduh Penunggang Agama Kerana Kembali Berlakon, Abby Abadi Bidas Kenyataan Netizen

Penyanyi dan juga pelakon, Abby Abadi tampil membidas dakwaan seorang netizen yang menuduhnya sebagai seorang penunggang agama gara-gara hanya kembali ke dunia lakonan.

Abby dilihat membuat kenyataan balas itu menerusi sebuah hantaran di Instagram di mana dia meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk merasakan detik penghijrahan yang dikurniakan Allah S.W.T.

Advertisement

Tambahnya lagi, umat Islam sepatutnya saling menyokong dan memberi semangat jika seseorang mula berubah, bukanlah berlumba-lumba mencari salah orang serta menuduh orang lain sebagai penunggang agama.

Kata Abby, dia menggunakan peluang hidayah yang diberikan Allah dengan sebaik habis dan bersyukur anak-anak dapat mengenal Al-Quran dan hidup beramal dengan ajaran Islam.

Advertisement

Mengulas mengenai tindakannya menerima tawaran berlakon setelah berhijrah, Abby memaklumkan bahawa dia mempertimbangkan banyak benda sebelum menerima sebarang tawaran lakon.

2019 ke 2020 saya ada di panggil shooting Gerak Khas. Atas sebab lama tak berukhwah, atas niat tak nak putuskan silaturrahim, saya terima. Memang keadaan berbeza. Saya genggam kuat agama saya.

Jelasnya lagi, dia tidak pernah terfikir untuk menjadi penunggang agama kerana tahu akan azab seksa Allah itu bagaimana.

“Cuma sebagai manusia, iman turun naik itu biasa. Saya pun tak mungkin sempurna. Tapi InsyaAllah selagi Allah izinkan, hidup dan mati saya hanya kerana Dia. Harap menjawab fitnah busuk ini.” ujarnya lagi.

Terdahulu, seorang individu telah menuduh Abby sebagai seorang penunggang agama di TikTok dengan melemparkan ayat “sembang dulu berlakon haram, ni buat TikTok halal..penunggang.”.

abby abadi
2 bulan lalu

Terlalu Ramai Mendesak, Abby Abadi Tutup Bantuan Wallet Kasih PKP

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...