Salah seorang daripada ahli kumpulan K-Clique, Tuju telah terpalit kontroversi di mana netizen mendakwa dirinya merupakan seorang kaki pukul dan panas baran selepas videonya seolah-olah menyerang seorang individu tular di internet.
Video pendek berdurasi kurang daripada 5 saat itu memperlihatkan Tuju sedang menggertak seseorang di sebuah acara. Justeru, ianya menjadi kecoh seketika di media sosial setelah seorang pengguna memuat naik video tersebut di profil twitternya.
Ketika diminta untuk mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Tuju berkata dia amat kesal atas sikap manusia yang mudah melemparkan fitnah serta berprasangka buruk tanpa menyelidik perkara yang sebenar.
View this post on InstagramHumble only needs to be loud in action. Not in caption BOOYAH ? #TUJULOCA @stonedandco ?
“Kepada orang yang cakap saya kaki pukul, saya gigit tangan budak, panas baran, saya pun tak tahu di mana bukti yang menunjukkan saya berbuat demikian. Hanya video berdurasi tiga saat boleh menunjukkan saya gangster, saya tidak tahu la. Saya hairan di mana akal mereka berfikir, sangat cetek pemikiran mereka,”
Tuju juga berkata, dia tidak pernah menganggap dirinya seorang selebriti namun hanyalah sebagai seorang penghibur. Dalam pada masa yang sama, dia tidak menyalahkan individu di luar sana dalam isu tersebut dan hanya ingin menjadi diri sendiri dalam perjalanan menjadi penghibur dalam industri muzik tanah air.
Tambahnya lagi, kini fokus utama hidupnya adalah mengenai muzik dan bukannya melayan manusia yang berfikiran negatif.
View this post on InstagramSTONED BOOK @stonedandco Tiba buka buku baru cerita. WORLD @drmartens_my #drmartensmy
Dia juga meminta mereka di luar sana yang menuduhnya sebagai kaki pukul dan baran supaya tampil menunjukkan bukti.
Tuju turut menjelaskan apa yang terjadi di acara tersebut hanyalah sekadar perbincangan secara baik dan sudah pun berdamai.
“Hanya perbincangan sahaja di mana K-Clique bertemu secara empat mata dengan satu kumpulan yang sebelum ini pernah melakukan sesuatu di mana kami diamkan saja. Jadi kami terus tanya apa masalah mereka. Biasalah kita manusia sentiasa lakukan kesalahan. Dia sendiri pun dah minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Kami ambil keputusan untuk bersalaman dan berdamai,” – Tuju K-Clique
Sumber : Astro Gempak