Dituduh Nak Bolot Harta Ayah, Anak Arwah Jins Shamsudin Tak Maafkan Kedua Abangnya – “Mungkin Belum Masanya”

Hiburan

Dituduh Nak Bolot Harta Ayah, Anak Arwah Jins Shamsudin Tak Maafkan Kedua Abangnya – “Mungkin Belum Masanya”

Anak kepada Allahyarham seniman Tan Sri Jins Shamsuddin, Putera Hang Jebat memaklumkan dia masih belum dapat memaafkan kedua abangnya, Jeffrey dan Putera Hang Tuah.

Ini berikutan kerana kedua abangnya itu telah tergamak menuduhnya menipu dan memalsukan dokumen urusan jual beli tanah milik bapa mereka ketika masih hidup.

Advertisement

Saya marah tapi untuk memaafkan belum lagi buat setakat ini. Mungkin bila tiba masa sesuai saya akan berbuat demikian tapi bukan sekarang. Insya-Allah, saya berlapang dada tapi biarlah masa yang menentukan.

Jebat berkata demikian ketika satu sidang media bagi menjelaskan kes berkaitan harta arwah ayahnya yang dilakukan secara perjanjian pembelian pada satu tanah sahaja.

Dalam pada itu, Jebat turut mempersoalkan tindakan abangnya yang bertindak kaveat terhadap harta-harta milik ayah mereka.

Saya buat PA ini pada satu estet tanah saja, ayah ada banyak lagi harta lain yang masih boleh difaraidkan mengikut undang-undang, bukan semuanya saya jual.

Kalau saya tamak, saya dah buat PA untuk semua harta ayah tapi kenapa di (Hang Tuah) kaveat tanah itu? Semua tanah dan rumah.

Terdahulu, peguam Hang Jebat memaklumkan Mahkamah Tinggi serta Mahkamah Rayuan telah menolah rayuan tuntutan Jeffrey dan Hang Tuah atas tuduhan anak guamnya menipu dan memalsukan dokumen jual beli tanah milik arwah.

Imbas kembali, pelakon lagenda Jins Samsuddin telah menghembuskan nafas terakhir pada 1 Mac 2017 akibat sesak nafas setelah tercekik kuih di kediamannya di Taman Melawati.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pereka fesyen terkenal berhutang rm25 ahlong
3 months ago

Pereka Fesyen Terkenal Dikejar Ceti Haram Kerana Berhutang RM25K, Kini Hidup Dalam Ketakutan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...