Dituduh Mengemis, Pemuzik Legenda Ini Dimalukan Penguasa Jabatan Kebajikan

Trending

Dituduh Mengemis, Pemuzik Legenda Ini Dimalukan Penguasa Jabatan Kebajikan

Orang tua ini adalah peniup saksofon di Sungai Petani. Orang lama. Selalu ada di kawasan medan selera, jam besar dan pasar-pasar malam di sekitar Sungai Petani.


 photo 13501612_10154035281673859_8562123014880193157_n.jpg

Orang tua ini jiwanya muzik. Dia ada Diploma in Jazz dari sebuah sekolah muzik di Pulau Pinang. Boleh main piano dan keyboard. Boleh tiup saksofon dan trumpet. Boleh main drum set dan gitar. Boleh menyanyi. Boleh karang lagu.


Beliau pernah berkhidmat di SMK Ibrahim sebagai band instructor. Lagu sekolah pun dia yang karang. Pernah bermain saksofon di hadapan DYMM Sultan Kedah dan di dalam pelbagai majlis rasmi dan tak rasmi. Pernah masuk Kilauan Emas. Berpengalaman mengajar di banyak tempat termasuk UiTM dan sekolah muzik swasta. Pendek kata, power.

Advertisement

Sejak bersara, beliau bermain secara solo busking di Sungai Petani untuk menghiburkan orang kebanyakan. Waktu siang beliau pergi mengajar, malam beliau bermain muzik. Jiwa beliau memang betul-betul free bird. Beliau seringkali buat ‘tribute’ kepada artis tempatan, terutamanya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Tapi beberapa hari lepas, beliau ditahan oleh satu agensi kerajaan di Sungai Petani atas alasan meminta sedekah. Beliau terangkan yang beliau bukan pengemis atau gelandangan tapi sekadar bermain muzik. Martabat beliau direndahkan di khalayak ramai. “Banyakkah dapat duit?” mereka tanya, sambil orang tua ini digelakkan. Mukanya diambil gambar dan masuk surat khabar. Saksofonnya dirampas dan tidak akan dipulangkan selagi beliau tidak menandatangani akujanji untuk tidak bermain muzik di khalayak ramai lagi. Nak tak nak, beliau tandatangan juga akujanji tersebut. Dan sekiranya Cikgu Man ingkar, beliau akan dihantar ke rumah orang tua-tua Bedong.

Beliau tak balik rumah dan terus ke masjid kerana malu yang teramat-sangat. Cikgu Man Sungai Petani yang pernah main muzik dengan artis dan depan DYMM YDP Agong kena tangkap kerana dituduh minta simpati orang ramai. Masuk surat khabar!

Saya kata, macam mana orang ini dituduh pengemis? Tengok pakaian dia. Tengok saksofon dia. Saksofon yang dia pakai bukan seribu dua ringgit punya saksofon ya. Harga saksofon dia boleh beli motor cash tau. Tiga anak beliau semua masuk universiti, menantu-menantu beliau pun belajar tinggi. Dia bukan kacau orang. Dia cuma main muzik tepi jalan.

Saya kata, nasib baiklah orang tua ini bukan bapak kandung saya. Kalau tidak, siap. Dah besar sangat agaknya jadi pegawai kerajaan? Bapak saya dulu pun pegawai tinggi kerajaan. Mak saya pun dulu kerja di pejabat menteri. Saya sendiri pun dapat tawaran M44 PTD. Nak berlagak apa? Rasa hebat dapat tangkap orang, dapat tunjuk kuasa? Seronok dapat merendahkan orang? Meh saya rendahkan awak pulak, baru tau langit tinggi rendah, berani? Suka masuk surat khabar, dapat publisiti? Rampas periuk nasi orang, seronok?

Memandangkan pegawai yang menangkap dan merendah-rendahkan orang tua ini enggan meminta maaf dan menarik balik surat akujanji yang ditandatangani secara paksa walaupun dah diajak berbincang, maka sebuah aduan rasmi telah dibuat kepada ibu pejabat agensi peringkat negeri di Alor Setar dan juga di peringkat kementerian di Putrajaya. Dan Cikgu Man juga dah lantik peguam untuk ambil tindakan undang-undang. Jangan pandang rendah pada anak-anak, anak menantu, anak murid dan penggemar serta penyokong pemuzik jalanan. Kita lawan!

Oh ya, by the way, orang tua ini adalah bapak mertua saya. Nasib baik saya ni duduk jauh, dan ini bulan puasa. Kalau tak, dah dipendekkan cerita dah.

Saya harap buskers-buskers di Sungai Petani dan di serata Malaysia tau bagaimana mereka melayan pemuzik jalanan seperti anda. Ketahui hak anda dan martabat anda, walaupun anda adalah pemuzik jalanan. Ambil tahu dan jaga hak anda. Jangan biar orang pandang anda haprak. Jangan dipermain dan diperkotak-katikkan, hanya kerana anda cuma tau bermain muzik!

Biodata Cikgu Man

1. Berpengalaman bermain muzik selama 40 tahun. Pernah bermain grand piano dan vocal di hotel selama 17 tahun, dan pernah membuat rakaman di radio dan bakat RTM.

2. Cikgu Man menggunakan saksofon Yamaha Professional model tenor yang harganya lima angka dan diterbangkan khas dari Jepun ketika ditahan, di mana saksofonnya dirampas dan dirinya dimalukan sebelum dibawa pergi dengan van di khalayak ramai bersama pengemis.

3. Cikgu Man terpilih sebagai 10 calon terbaik Zon Utara untuk program Kilauan Emas 2 di Astro Prima. Adnan Abu Hassan pernah memberi komen VERY GOOD PERFORMANCE kepada beliau ketika pertandingan tersebut setelah memainkan lagu Hati Emas menggunakan teknik husky vocal tone.

4. Beliau pernah mengajar di pusat serenti untuk menarik minat bekas penagih supaya bergiat dengan muzik.

5. Pernah mengajar 10 pasukan pancaragam dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

6. Pernah mengiringi ARTIS LAGENDA seperti Sudirman, Noor Kumalasari, DJ Dave, Hail Amir, Uji Rashid, Datuk Syarifah Aini, Azlina Aziz, M Nasir, M Daud Kilau, Jamal Abdillah, Latif Ibrahim, Aman Shah dan L Ramlee.

7. Berganding secara professional dengan Prof. Madya Razif Mohd (Fakulti Seni USM, Pulau Pinang).

8. Cikgu Man adalah pengarang lirik dan lagu Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani yang masih dinyanyikan sehingga hari ini.

9. Cikgu Man adalah bapak mertua saya, dan dia hadiahkan saya gitar akustik Taylor Big Baby sebagai hadiah kahwin. Nampak? Adakah pengemis mampu beli Taylor Big Baby? Saya sendiri pun tak mampu.

Sumber: Mohamad Nazmi Zaidi Moni

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...