Dituduh ‘Lapar Perhatian’, Perkongsian Foto Mawar Karim Undang Kritikan Netizen

Hiburan

Dituduh ‘Lapar Perhatian’, Perkongsian Foto Mawar Karim Undang Kritikan Netizen

Semalam, perkongsian foto yang dibuat bekas isteri kepada Fizo Omar iaitu Mawar Karim khabarnya telah menuai kritikan daripada sesetengah netizen.

Ujar pengguna media sosial tersebut, Mawar seolah-olah sengaja memuat naik sekeping foto bersama aktor Ashraf Muslim yang ditemuinya secara tidak sengaja di Mekah dengan kapsyen ‘saya bukan yang ketiga’ berserta emoji gelak tawa.

Advertisement

Rasanya semua sedia maklum bahawa aktor Ashraf Muslim sudah pun mempunyai dua isteri dan Mawar pastinya hanya berseloroh apabila dia menulis kapsyen seperti itu.

Namun, menjengah ke ruangan komen, lain pula reaksi sesetengah warga maya yang mempertikaikan sebab pemilik jenama tudung Fareeda itu memuat naik foto bersama suami orang.

Advertisement

Fazeera
1 bulan lalu

Berakhirnya Penantian, Fizo Omar Dedah Wajah Isteri Baru

Enggan mendiamkan diri, Mawar membalas kenyataan netizen yang menuduhnya berbuat demikian kerana inginkan perhatian.

 

Saya ada kerja di sini. Ya, hanya perlu perhatian daripada Allah SWT. Sebab ini saya datang ke sini korban tinggalkan anakanda buat pertama kali.

Difahamkan, kedua-dua personaliti itu telah terserempak di kota suci Mekah di mana mereka berdua kini sedang menunaikan ibadah umrah.

Dalam perkembangan lain, bekas suami Mawar, Fizo telah pun selamat mendirikan rumah tangga bersama seorang bekas pramugari iaitu Fazeera Nazri Azrai,25, dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Mawar dan Fizo sebelum ini telah bernikah pada November 2013 namun bercerai enam tahun kemudian. Mereka berdua juga mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

7 Comments

  1. Pendapat sy...

    October 25, 2021 at 12:15 am

    Sebagai seorg isteri, sy juga tidak sanggup berpoligami. Selalu sy dengar, isteri seperti sy, menidakkan poligami atau menentang apa yg dibenarkan oleh Islam. Takut sy, tp dlm masa sama sy tahu, sy tidak sanggup.

    Sempena Maulidur Rasul, sy dengar ceramah Imam Muda Jabar. Beliau maklumkan, monogami juga merupakan sunnah Rasulullah, kerana selama 25 tahun perkahwinan baginda bersama Siti Khadijah, seorg ini sahajalah isteri baginda sehingga Siti Khadijah meninggal dunia.

    Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilama kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi ; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” [An-Nisa/4 : 3]

    Sy tidak menolak poligami, itu pasti Utk lelaki yg mampu, silakan. & lelaki ini sewajarnya telah dapat melaksanakan sunnah Rasulullah yg lain termasuk solat sunat dhuha stp hari, tahajud stp hari & puasa Isnin, Khamis stp minggu..

  2. Anonymous

    October 24, 2021 at 10:48 pm

    Hellos betina tudungs ..sudah la korang support kayu tiga ni ..

  3. Stop being nonsense

    October 24, 2021 at 10:42 pm

    Hey anonymous. Kenapa bahasa ngko mcm org takde agama. Ape ngko menidakkan poligami? Ape ngko menentang ape yg dibenar dlm agama? Elok ko bermuhasabah diri, jgn sampai kate2 ngko memakan diri! Org tu elok2 je, tak menyusahkan idup ngko pun. Yg ko lebih sudu dari kuah dah kenape? Mental!

    • Anonymous

      October 25, 2021 at 9:33 am

      bermadu ke he he he.
      panas je.

  4. Anonymous

    October 24, 2021 at 5:29 pm

    teruknyaaa.. mawar upload cmtu pun org boleh ckp bkn2
    org yg mengata mawar tu ada mslh mental ke?
    dia amik gmbr ngn asyraf tu x kacau hidup sesapa pun
    dan utk menyedapkan hati bini2 asyraf, dia dh letak disclaimer siap2 dia bkn ke 3
    tu pon org masih nk pndg negatif je
    ko klu tetibe terserempak member kt subway lagoon pun nk ambik gmbr jgk
    bodo sgt

  5. Anonymous

    October 24, 2021 at 9:51 am

    ashraf muslim ini hipokrit betul.
    dulu mengelupur ada orang perempuan nak bergambar di tanah suci nak tunjuk alim konon lepas berzina dibelakang isteri masa isteri sibok dengan peperiksaan.
    dengan mawar yg kaysa ada perusahan sendiri pula terhegeh2 bolehb pula bergambar sama.
    kalau jadi yg ke tiga takn perlulah bagi duits seperti isteri yg pertama dengan anaknya ada pendaparan sendiri
    kalau gatal pura2 alim begitulah aura kabaah lagi lah ini kan.
    ingat awak tu ada anak perempuan yg mewarisi sikap kau dan bini ke 2 kau

    • Karim

      October 24, 2021 at 12:05 pm

      Ko ni giler ke eh boleh comment mcm Ni.. Manusia sekrg ni sakit jiwa banyak baca gosip artis pun boleh tulis bahasa mcm ni.. kesian

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...