Written by Bella | May 15th, 2018

Pernah mendedahkan beliau sudah sah menjadi warganegara Malaysia dan secara terbuka menyatakan sokongan serta memilih parti Barisan Nasional sebelum ini, pelakon Adi Putra dikritik teruk dan dilabelkan sebagai artis “lalang” dalam politik.

Adi digelar “lalang” kerana tiba-tiba beralih arah dan memuat naik foto Tun Mahathir selepas Pakatan Harapan sah menjadi barisan kepimpinan baru negara.

Rata-rata netizen berang dengan Adi dan ada juga yang meminta kerajaan untuk menyiasat bagaimana pelakon yang berasal dari Singapura itu boleh memiliki kad pengenalan Malaysia.

Setelah dihimpit pelbagai kecaman dan tidak sekali melatah serta membalas sebarang tomahan netizen, Adi dalam muat naik terbaru beliau di Instagram berkongsi foto beliau sedang berdoa di Masjid Nabawi. Beliau mendoakan agar rakyat Malaysia diberkati dan turut memberitahu dirinya akan terus berjuang demi bangsa,agama dan negara meskipun dilempar dengan pelbagai tuduhan.

Biasalah, memang sekarang ramai artis yang menerima gelaran “lalang” gara-gara menzahirkan sokongan mereka kepada kerajaan baharu. Bersabarlah sahajalah Adi, isu ini memang sedang hangat tetapi satu hari nanti ia akan reda jua.

29 responses to Dituduh ‘Lalang” Dalam Politik : Adi Putra Muat Naik Foto Berdoa Di Masjid Nabawi

  1. Shah says:

    Artis ni mmg x layak di beri layanan istimewa oleh menteri or ahli politik….mengampu sbb nk penuhkan poket ko je….hal rakyat ko skit x peduli…xde nk suarakan kebimbingan kos hdp y tggi time zmn najib dl…wlpn ktorg tau ko artis kaya,sponsor sne sni tp at least ade laa rs empati skit cam dato sheila majid tu…aku hrp kerajaan baru ni jgn bg muka langsung kat artis2 ni…pndai2 laa diorg nk cari keje…rakyat malaysia ni blh je cari keje sndri tnpa mengampu,menghimpit sne sni…klu blh sponsor jgn bg…buang duit je…baik sponsor rakyat y btl2 ssh…g mampus dgn artis malaysia ni…sampah n lalang…hahahaha…

    31

    0
  2. fishball says:

    Haizzzz kenapa lah gi buang kerakyatan SG??? whyyy adi whyyy????
    #comebackto SG

    5

    0
    • tapu says:

      Kat sini dia macai , kat SG dia pencacai , orang melayu kt sana keje lap tingkap bangunan je k..muehehe

      1

      1
      • anonymous says:

        KESIAN TAPU NI TAK TAHU APA APA. SEBELUM CAKAP SILA SELIDIK DAHULU TENTANG WARGA MELAYU DI SINGAPURA :)))

        3

        0
  3. Anonymous says:

    Orang tak marah kalau retis ‘lalang’ semua ni takat upload gambar tun M and ucapkan tahniah. Yang buat orang menyampah bila diorang upload gambar diorang dengan tun sekali,macam selama ni diorang support tun habis habis. Ada setengah yang siap delete gambar diorang support BN dulu. Sebab TU korang kena cop as lalang.

    24

    0
  4. MJH says:

    Saya ada soalan pasal gambar2 org tgh berdoa atau solat ni. How did they do it? Cakap kat org “Ok kau berdiri kat situ, ok jauh sikit, eh dekat sikit. Angle kena kasi cantik, nampak sejadah, nampak background masjid sikit. Kejap lagi aku akan angkat tgn berdoa and buat muka insaf, masa tu kau snap gambar byk2 ok?”

    Why nak kena amek gambar mcm ni? It is such a personal time dengan Allah. Why nak suruh org amek gambar? *smh

    81

    0
  5. Ain says:

    Kahkah.. pasai lalang ni anak zahid pun balas komen dia perli2 bagan lalang makan seafod ja.. hahahahha

    3

    0
    • greenfingers says:

      N komen terbaru dia seolah-olah nk mengatakan Tun tu zalim. Ckp yg pemerintah skang buang pekerja seramai 500 org. Mesti dia cite kat anak2 n bergosip sesama diorg pasal kes ni, tp disebalik kenapa 500 org tu dibuang xnk plak ko nk cite yek.. Kesian..

      14

      0
    • Chohkri Yulis. says:

      Wahai rakyat Malaysia. Jgn mendabik dada sgt bile PH mentadbir negara. Sbb Ahli politik ni mcm kontraktor buat bangunan. Haha.

      0

      0
  6. cumi says:

    senang je petik butang agama.
    bajet gile mamat ni.
    ?

    9

    0
  7. Alip Syuk says:

    Adi ni xde ape msalah sgt pn. Yg beria sgt che ta la, dgn statement ‘depa kaco, depa sruh delete’ klau upload gmbr tun. Ckp je r kau mmg tgu spe yg mmg bru kau nk skong. Ingt.msyarakat bodoh ke

    9

    0
  8. Wekkkkkkk says:

    Byk btul tumbuh lalang di tanah Tun skrg nih ye..sian Tun ..nnti Tun buka tenderlh bgi kontraktor2..” tebas2 lalang lalang ni”..

    #maucarimakanbukanmudahjikabuatdenganusahayangjujurdanberkat.

    2

    0
  9. Bawang putih says:

    Hahahaha.Ak hanya mampu gelak dngn semua ni.Dia ni pun ic dah dpt senang2 je bos ak org Jepun yg dah 25 tahun kt sini pun xlepas2 lagi kalau nk pun duit dlm akaun kena lebih 100 k.Hahaha.Kerajaan dahulu semua boleh bagi yg penting cium kaki dulu.

    5

    0
    • Anonymous says:

      Dia bkn kira tahun berapa lama dh mnetap.
      Boss ko bkn nk mykadpun..dua mahu PR je.
      Byk beze ye.
      Jepun lgi baikkn.

      1

      0
  10. Anonymous says:

    tak boleh ke dia congratulate Tun M? part mana yang lalangnya? si wak doyok tu yang sah-sah lalang.

    6

    0
  11. Anonymous says:

    Maaf sekadar bertanya… kalau baru dpt kewarganegaraan mmg ic warna biru ke? yg ic merah pulak apa ciri2 dia?

    1

    0
  12. melati says:

    Satu jr nk ckp …90% melayu memang lalang..!!!! siapa yg selalu ngaku dia bukan lalang, maka org tu lah Lalang..!!…

    0

    1
  13. huhu says:

    dia ngundi kat bagan dato ke. sajer tanyer..kawan rapat ngan tpm dan ank tpm (pada waktu itu) boleh la dpt ic biru sonang2.. welll.. nurul zahid bila nk on projek resort n buke tahfiz dibagan dato. kan banyak budak2 kontrak di icu kene terminate..ambik la dia orang kerja kat resort tu..huhu..

    4

    0
    • Anonymous says:

      Asal singapore..dpt ic di malaysia mestilah guna alamat terbaru masa apply tu.
      Maka bila dpt mykad dh tentu ikut alamat yg dia bagi.
      Kataknlh klau dia duduk Setapak..kat Setapak KL lah alamat kat ic tu.

      Mcm mana pulak yg kamu kata..” dia mgundi kt Bagan Datoh ke”..walaupun itu hya soalan…mmg x lojiklh.
      Mcm aku lahir kt Perak …mengundi kt Pantai Dalam.KL…sbb mrngikut ic yg latest alamat.
      “Mungkin dia padam..x mau sapa2 tau dia duduk mana”..kecuali family je.

      0

      0
  14. Anonymous says:

    masing2 nak jaga periuk nasi sndiri aje, maklumlaa da pangkat dato kan. ko igt si adi ni kesah sgt ke org bawahan ni sume propa aje nak melariskan ape bisnes yg diorg buat. so pasni kena laa rapat2 dgn org PH.

    2

    0
  15. Anonymous says:

    Tak tau mcm mana Adi ni boleh ngundi kat Rungkup sana nun??? Ate… dr Sg dia tukar alamat kat situ ke boleh ngundi Parlimen Bagan Datok???

    0

    0
  16. DIA says:

    taman raudah karpet warna hijau… doa yg baik2 kat mana pon insyallah ALLAH akan makbul kan… kalau dtp kat taman raudah lg molek

    0

    0
  17. mak cute says:

    sekor kuat LALANG & ko org singapore (walau ada ic biru)…lahir kat sgapore jgn semak dgn isu2 msia…kna siasat kak long anak zahid ni…leh plak si Adi ni ngundi kat tmpt bapak kak long…pelik

    1

    0
  18. Anonymous says:

    Perlu ke nak post pic sambil caption tu kat public… takkan kat reality life pun nak berlakon…..

    1

    0
  19. Meluat tahap gaban dah ... says:

    Cari racun lalang …penuh lalang kat sini .

    0

    0
  20. Nara Lalang says:

    Ko pun apa kurangnya Nara. Macai dan lalang juga. Before PRU kemain iklan manifesto BN. Nak baca gosip pun tak senang kahkahkah

    2

    0

Leave a Comment

Optional