Pernah mendedahkan beliau sudah sah menjadi warganegara Malaysia dan secara terbuka menyatakan sokongan serta memilih parti Barisan Nasional sebelum ini, pelakon Adi Putra dikritik teruk dan dilabelkan sebagai artis “lalang” dalam politik.
Adi digelar “lalang” kerana tiba-tiba beralih arah dan memuat naik foto Tun Mahathir selepas Pakatan Harapan sah menjadi barisan kepimpinan baru negara.
Rata-rata netizen berang dengan Adi dan ada juga yang meminta kerajaan untuk menyiasat bagaimana pelakon yang berasal dari Singapura itu boleh memiliki kad pengenalan Malaysia.
Setelah dihimpit pelbagai kecaman dan tidak sekali melatah serta membalas sebarang tomahan netizen, Adi dalam muat naik terbaru beliau di Instagram berkongsi foto beliau sedang berdoa di Masjid Nabawi. Beliau mendoakan agar rakyat Malaysia diberkati dan turut memberitahu dirinya akan terus berjuang demi bangsa,agama dan negara meskipun dilempar dengan pelbagai tuduhan.
Biasalah, memang sekarang ramai artis yang menerima gelaran “lalang” gara-gara menzahirkan sokongan mereka kepada kerajaan baharu. Bersabarlah sahajalah Adi, isu ini memang sedang hangat tetapi satu hari nanti ia akan reda jua.