Semalam kecoh tentang pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman atau lebih mesra disapa sebagai Cik Man, apabila dia didakwa dengan tiga lagi pertuduhan kes amang seksual melibatkan tiga remaja lelaki.
Terkini, Cik Man atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, 41, hadir di Mahkamah Sesyen Seremban bagi sebutan semula kes amang seksual dan kelucahan terhadap dua remaja lelaki.
Menerusi laporan mStar, pendakwah tersebut turut ditemani peguamnya Mohamad Zahid Ahmad dan penyerahan dokumen berkenaan kes dibuat di hadapan Hakim Datin Surita Budin.
Dalam pada itu Cik Man sempat meminta agar peminat di luar sana mendoakannya dalam segala urusan yang dihadapi.
Doakan Cik Man dan terima kasih kepada para wartawan…”
Sebelum ini, Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai lalu namun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibicarakan.
Susulan itu, Azman didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan hukuman sebat.
Mahkamah turut menetapkan tertuduh supaya melapor diri di balai polis berhampiran pada Sabtu pertama setiap bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah.