Baru-baru ini, foto seorang wanita yang dikatakan seorang pelakon popular menerusi drama Hati Perempan telah didakwa ditangkap khalwat dalam satu serbuan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tersebar di media sosial. Beberapa pihak mula menuduh bahawa pelakon yang ditangkap adalah Mia.
Walaubagaimanapun, Mia yang mendengar berita tersebut selepas pulang bercuti daripada Bangkok, Thailand merasa terkilan apabila namanya dikaitkan dengan dakwaan tersebt. Jelas Mia, beliau menganggap gosip tersebut sebagai satu fitnah yang memalukan dan menjatuhkan maruah beliau.
Saya tidak tahu apa-apa sehinggalah saya pulang bercuti dari Bangkok, Thailand, rakan saya memberitahu tentang gosip tersebut.Selepas membacanya sudah tentu saya rasa sedih kerana ia adalah fitnah melibatkan maruah saya.
Berdasarkan beberapa informasi daripada rakan serta peminat beliau, Mia memberitahu tuduhan tersebut disebarkan oleh seseorang yang inding menjatuhkan kariernya. Namun, buat masa ini Mia tidak merencana ntuk mengenakan sebarang tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.
Saya harap individu yang menyebarkan berita palsu itu tahu apa hukum orang yang memfitnah. Jujurnya tuduhan ini adalah sangat melampau. Saya sudah lama bersedia dengan gosip-gosip yang bakal menimpa tetapi mengenai isu ini, ia sudah di luar batasan.
Saya harap individu itu sedar dengan kelakuannya yang menganiaya orang yang tidak bersalah.
Sabarlah Mia Ahmad, kalau kita baru sahaja hendak popular pasti sahaja akan ada mereka-mereka yang iri hati sehingga sanggup menyebarkan fitnah. Apa yang penting kita harus menjelaskan perkara sebenar kepada masyarakat agar mereka tidak lagi berspekulasi.