Dituduh Kaki Clubbing, Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Tampil Beri Penjelasan

Trending

Dituduh Kaki Clubbing, Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Tampil Beri Penjelasan

syed-saddiq-1

Berikutan beberapa gambar yang mendedahkan dirinya sedang ‘berclubbing’ tersebar menerusi beberapa portal berita, Syed Saddiq yang juga pendebat terbaik Asia dari UIA, Syed Saddiq tampil memberi respon.
Sebelum ini, sebuah sebuah blog mendakwa telah menerima lebih 100 gambar yang memaparkan Syed Saddiq sedang ‘berclubbing’.

Advertisement

Menurut pengendali blog, truthvaccine.blogspot.my menerusi entrinya berkata, dia menerima satu kiriman daripada seorang yang tidak ingin dikenali, mendedahkan hobi dan kelakuan yang tidak sepatutnya dilakukan seorang pelajar apatah lagi merupakan penganut agama Islam.

Sumber saya ini telah mengirimkan sejumlah 100 lebih gambar dari Kelab Malam Palladium yang antaranya menunjukkan Syed Saddiq, seorang pelajar dari Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia sedang berpesta di kelab malam.

Perbuatan Syed Saddiq ini dikesan di sebuah kelab malam bernama Palladium, Manila sewaktu dia mengikuti program debat di sana. Menurut sumber, walaupun perkara ini biasa dilakukan di luar negara, namun, sebenarnya Syed Saddiq selalu berpesta di dalam negara,” memetik tulisan di blog tersebut.

Sehubungan itu, Syed Saddiq menerusi Facebooknya tampil menerangkan perkara itu.

Di kenyataan itu, Syed Saddiq mengaku individu di dalam gambar itu adalah dirinya namun menafikan dia adalah seorang kaki clubbing.

Ikutinya kenyataan penuh dari Syed Saddiq :

====================

My answer to Pro-UNMO/DS Najib Blogs

“I cannot change my past but I can change my future”

Mereka cuba untuk menggertak dan mendiamkan saya dengan isu ini. Bukan kali pertama saya diugut dengan perkara ini. Ramai yang beri saya cadangan untuk menidakkan perkara ini atau berdiam diri dan menolak isu ini ketepi.

But, I won’t do that. Saya bukan ahli politik. Saya tidak akan menipu dan saya tidak akan memutar belitkan fakta yang sedia ada.

Saya mengaku gambar itu memang gambar saya. Saya pernah pergi ke disko. I won’t deny that. Tapi saya juga ingin menekankan bahawa gambar itu diambil semasa pengumuman untuk pusingan kalah mati, pertandingan debat peringkat Asia. Saya bukan ‘kaki clubbing/disko’ sepertimana yang dituduh.

Saya bukan manusia yang sempurna. Saya juga bukan Muslim yang sempurna. Saya, seperti mana-mana manusia lain, pernah melakukan kesilapan. Tapi masa lalu tidak mendefinisikan siapa saya sekarang. Tanya sahaja pada ibu-bapa saya, kawan-kawan terdekat malahan ustaz-ustaz saya; mereka kenal siapa saya. Saya sedang dalam proses untuk memperbaiki diri sendiri untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Sekiranya anda fikir, mengugut saya sebegini akan mematahkan semangat dan menghentikan perjuangan saya, anda tersilap. Saya bukan orang yang berkepentingan. I am a 23-year old guy who loves my country. Threatening me with my personal life shows how desperate people can get to cling on to power.

Sekiranya anda fikir, isu ini akan mengaburi mata saya dan rakyat daripada isu-isu sebenar yang sedang berlaku, anda tersilap. Kami, rakyat Malaysia mampu buktikan anda tersilap.
Saya sudah menjelaskan & “come clean” about my past. Would the Prime Minister do the same on 1MDB?

Saya tidak akan berhenti memperjuangkan kebenaran

Walau tergadai nama baik sendiri.
Biar putih tulang jangan putih mata.

Agi idup agi ngelaban!

====================

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...