Penyanyi bersuara lantang, Azharina tampil membuat laporan polis selepas difitnah kononnya mencari bomoh di Thailand gara-gara berdepan kejatuhan dalam kerjaya. Tuduhan tersebut disebarkan menerusi sebuah saluran YouTube dalam video berdurasi hampir 30 minit.
Apa yang lebih mengecewakan, video itu turut menggunakan gambar anak sulungnya, Rahmat Azharin, sekali gus mengheret ahli keluarga dalam dakwaan tidak berasas.
Bukan setakat fitnah, tapi gambar anak saya pun disebarkan. Itu paling saya terkilan.
Video berkenaan mendakwa Azharina konon mengasingkan diri selepas ke Siam dan menggambarkan kehidupannya kini sunyi dan terpinggir.
Tidak hairanlah penyanyi Elegi Sepi itu bengang, bukan sahaja reputasinya terjejas, malah anak kesayangannya turut menjadi mangsa.
Ramai yang mengenali Azharina sebagai selebriti mesra, merendah diri dan tidak sombong. Maka tak hairan ramai netizen turut kesal dengan penyebaran cerita palsu tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.