Dilihat tidak sensitif seperti menghina dan menuduhnya akan menjual hadiah pemberian Datuk Siti Nurhaliza ke kedai pajak gadai, penyanyi Aishah zahir rasa berang.
Katanya, komen yang ditinggalkan netizen itu agak melampau dan menjatuhkan reputasi dan maruahnya.
Tidak kurang juga, individu tidak bertanggungjawab itu dilihat tidak ketinggalan menggelarkannya sebagai ‘artis sendu’.
Tidak berdiam diri, Aisyah dilihat tampil mendedahkan wajah individu tersebut di akaun Instagram miliknya.
“Haaaa ini dia wajah orang menghina gitu sekali. Saya ni taklah singkek sangat hingga kek pemberian Tok Ti (Siti Nurhaliza) pun takut dibawa ke pajak gadai. Allahu,kerana pulut santan binasa. Tuan @izwanazmi this is too much already, menjatuhkan reputasi dan maruah saya.”
Ujar Aishah, patutkan individu terbabit diseret ke mahkamah supaya ia boleh memberi pengajaran kepadanya?.
“What say you? Patut ke kita seret ke mahkamah orang ini sebagai pengajaran. Kepada tuan punya badan AB Rahim ni, ada satu permintaan, suami saya nak sangat bersemuka dengan awak,” tegasnya.
Terdahulu, Aishah sebelum ini mendedangkan lagu nyanyian Siti iaitu Aku Bidadari Syurgamu di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik ke-35.
Biarpun nyanyiannya dipuji netizen, namun juga yang menyifatkan persembahan tersebut kurang menyerlah.