Penyanyi dangdut sensai, Baby Shima hari ini memfailkan saman terhadap pendakwah bebas, PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Abd Rahman Mat Noor.
Berdasarkan kenyataan media, peguam yang mewakili Shima, Muhammad Noor Azfar Noor Azmi menjelaskan pihaknya telah memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak dan Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan.
Tambahnya, tindakan terhadap dua individu terbabit adalah di atas kausa tindakan saman fitnah (defamation) dan kepalsuan berniat jahat (malicous falsehood).
Setakat tarikh kenyataan ini, proses penyerahan kerrtas-kertas kausa kepada individu yang dinamakan di atas sedang dilaksanakan bagi maksud memenuhi keperluan undang-undang.”
Penyanyi berusia 31 tahun itu bagaimanapun memilih untuk tidak memberikan ulasan lanjut tentang hal berkenaan buat masa sekarang bagi menghormati proses mahkamah.
Terdahulu, Shima menggayakan sepasang baju kurung jingga dan hijab pada 18 Februari lalu sewaktu membuat persembahan di Kuantan, Pahang dan Abd Rahman menyifatkan penyanyi itu menjual agama.
PU Syed pula didakwa memfitnah Shima engan menuduhnya tidak tahu tentang halal dan haram berhubung penganjuran sebuah konsert baru-baru ini serta berkata dia boleh terjerumus dalam golongan Ruwaibidhah.