Dituduh Jalin Hubungan Sulit Dengan Bapa Mentua, Wanita Bunuh Ibu Mentua Sendiri

Trending

Dituduh Jalin Hubungan Sulit Dengan Bapa Mentua, Wanita Bunuh Ibu Mentua Sendiri

Dituduh mempunyai hubungan sulit dengan bapa mentua sendiri, seorang wanita di India bertindak menetak kepala ibu mentuanya.

Dalam kejadian yang berlaku di Gota, Gujarat, wanita yang dikenali sebagai Nikita Agrawal itu difahamkan menggunakan sebatang besi sehingga menyebabkan kepala mangsa, Rekha Agrawal, pecah sebelum dirinya dikatakan cuba untuk membakar mangsa kerana mahu sembunyikan kejadian itu.

Advertisement

Menurut Pegawai Polis, suspek bertindak di luar kawalan selepas ibu mentuanya menuduh kehamilannya adalah hasil daripada hubungan sulit dengan bapa mentua.

Kejadian berlaku ketika mereka khabarnya tinggal sendirian berikutan bapa mentuanya, Ramnivas berada di hospital kerana disahkan positif COVID-19. Malah, suaminya, Deepak, pula tiada di rumah atas urusan perniagaan.

Selepas ayahnya meminta beliau untuk pulang ke rumah kerana dimaklumkan jiran bahawa isteri dan ibunya bergaduh, beliau dikatakan terkejut melihat ibunya terbaring dengan berlumuran darah dan sebahagian pada badannya terbakar.

Untuk rekod, suspek kini mengaku selepas menetak mangsa dengan besi, beliau bertindak menutup mayat mangsa dengan cadar lalu membakar cadar tersebut.

Sumber: Ahmedabad Mirror

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...