Dituduh Jalin Hubungan Dengan Isteri Orang, Seorang Lelaki Dibelasah & Disiram Air Panas.

Trending

Dituduh Jalin Hubungan Dengan Isteri Orang, Seorang Lelaki Dibelasah & Disiram Air Panas.

Seorang lelaki berusia 25 tahun cedera dibelasah dan melecur akibat disiram dengan air panas oleh sekumpulan lelaki.

Advertisement

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, mangsa cedera di bahagian muka, badan serta melecur di belakang badan, bahu kiri dan leher.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Somu Subramaniam berkata, mangsa dipercayai dibelasah lebih kurang 10 hingga 15 lelaki.

“Bagaimanapun, tujuh daripada kumpulan itu termasuk suami kepada wanita yang dipercayai mempunyai hubungan dengan mangsa ditahan,” katanya.

Mangsa dirawat di Hospital Sungai Buloh dan keadaannya kini stabil.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah salah faham yang mana mangsa adalah anak murid kepada wanita berkenaan, yang juga rapat sejak dari sekolah.

“Kebetulan si suami dan si cikgu ini sedang dalam krisis dan si suami mengesyaki mangsa guna ilmu hitam untuk mendapatkan isteri dia, sedangkan mangsa tidak berbuat demikian.

“Malam semalam, lelaki itu datang memanggil mangsa untuk datang berjumpa. Mangsa yang datang seorang diri terus dipukul dengan helmet di kepala.

“Mangsa kemudian dibelasah sekumpulan lelaki sebelum disiram dengan air panas dengan perlahan-lahan di atas kepala mangsa, sambil tangannya ditahan oleh beberapa lelaki yang terlibat bagi mengelakkan mangsa melarikan diri.

“Tiada puas hati lagi, mereka kemudian mengambil satu lagi periuk air panas lalu disiramkan ke atas mangsa,” katanya.

Subramaniam berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil menghubungi Balai polis Sungai Buloh untuk membantu siasatan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...