Dituduh Jadi Punca Penularan COVID-19 Di Set, Sweet Qismina Terima Dengan Hati Terbuka

Hiburan

Dituduh Jadi Punca Penularan COVID-19 Di Set, Sweet Qismina Terima Dengan Hati Terbuka

Pelakon cantik manis, Sweet Qismina mengakui berasa agak berang apabila dituduh menjadi punca penularan wabak COVID-19 di set penggambaran filem Tariandi di Kuala Kangsar sebelum ini.

Namun, dia kemudiannya enggan menganggap perkara tersebut sebagai isu besar dan menerima tuduhan itu dengan hati terbuka kerana yakin dirinya sudah melakukan sehabis baik dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Advertisement

“Pada mulanya, saya marah juga bila dikatakan sebagai punca. Tapi saya tak boleh nak salahkan sesiapa dan tidak menganggap perkara itu sebagai isu besar. Saya terima dengan hati terbuka. Walaupun di tempat kerja ada juga individu yang tidak menjalankan tanggungjawab antaranya menjalani ujian calitan.”

Ujar Sweet lagi, tidak perlu menuding jari ke atas orang lain jika diri sendiri yang sebenarnya tidak melaksanakan tanggungjawab untuk menjaga SOP.

Tambah teman wanita kepada pelakon Adam Lee ini lagi, dia merupakan orang pertama yang berkongsikan berita mengenai dirinya positif COVID-19 kerana berjangkit di lokasi sebelum ramai lagi pelakon dan kru mendedahkan perkara sama.

Oleh disebabkan itu, Sweet Qismina seolah-olah terlihat seperti punca penyebaran wabak tersebut di set penggambaran tersebut.

“Mereka tak mahu saya umumkan kerana takut perkara ini jadi isu besar dan sensitif namun saya beritahu mereka kalau nak hantar saya ke pusat kuarantin saya tiada masalah untuk ikut prosedur tapi benarkan saya untuk keluarkan kenyataan rasmi kerana ia membabitkan banyak aspek. Penting untuk saya menjadi telus di media sosial..”

Keadaan terkini, difahamkan Sweet sudah lebih 10 hari bebas jangkitan tersebut dan kini lebih berhati-hati apabila berada di luar rumah serta akan menjaga diri dengan lebih baik selepas ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...