Dituduh Ikut Cara Barat, Nurul Wahab “Sekolahkan” Pengikutnya Di Instagram

Trending

Dituduh Ikut Cara Barat, Nurul Wahab “Sekolahkan” Pengikutnya Di Instagram

nurul

Penyanyi Nurul Wahab tidak berang meskipun ditegur dengan keras oleh pengikutnya di laman Instagram (IG).

Advertisement

Sebaliknya, Nurul mengambil sikap profesional apabila `menyekolahkan’ kembali pengikutnya itu dengan cara memberi tazkirah ringkas untuk memberikan kesedaran tentang bagaimana kaedah mahu menegur seseorang.

Memetik sumber FMT, berdasarkan tulisan pengikutnya yang menggunakan nama Rebecca Hussein, Nurul dituduh tidak membimbing suaminya yang merupakan saudara baru sebaliknya telah menjalani kehidupan keluarganya mengikut cara barat.

“U jer la cm org kafir kepala x bertutup…u kawin dgn saudara baru…tp x membimbing pun…anak pun dh 2,,hidup ala2 barat bukan org barat pun kan?? org Islam buat la cara Islam…” tulis Rebecca.

Bagaimanapun Nurul menjawab tulisan pengikutnya itu dengan cara yang lebih lembut;
“Iman kita bukan di pakaian..ye benar kalau bertutup aurat itu lebih mengikut kehendak Allah dan agama. Iman yang kita caring.

Amalan yang dikira. Sedekah jariah lebih utama.

“Ramai peminat saya yang lain juga menegur saya cara yang sebenarnya. Saya tidak terasa hati sebab saya belajar sesama Islam, perlu menegur sesama kita sebab dia akhirat kelak akan ditanya apa tanggungjawab kita sesama Islam,” tulis Nurul.

Menurut Nurul lagi, dosa yang dilakukan dengan Allah akan diampunkan kerana sifat tuhan itu yang maha pengampun dan penyayang.

Katanya, ada kaedah untuk menegur seseorang mengikut apa yang diajarkan oleh Islam dan bahasa yang digunakan haruslah melambangkan agama yang sederhana dan amat mudah.

“Mata banyak memandang, dari seagama dan juga yang luar dari agama kita. Kita mahu orng respect agama kita. Akak tak sempurna. Sesiapa pun tidak.

“Jadi sama2 kita jaga tutur bicara. Biar dipandang baik. Cukup2lh bangsa kita dipandang rendah, dan agama diburuk2kan. You know what i mean..Semoga Allah rahmati. Terima kasih,” ujarnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...