Dituduh Hantar Mesej Lucah Di Laman Sembang MiChat, Fatin Nurul Ain Bekas Isteri Pertama Da’i Farhan Tampil Beri Penjelasan

Hiburan

Dituduh Hantar Mesej Lucah Di Laman Sembang MiChat, Fatin Nurul Ain Bekas Isteri Pertama Da’i Farhan Tampil Beri Penjelasan

Fatin Nurul Ain yang merupakan bekas isteri pertama kepada Da’i Farhan baru-baru ini tampil memberi penjelasan kepada umum gara-gara namanya telah dicemari dengan perbuatan fitnah individu lain.

Advertisement

Fatin dikatakan telah berbual lucah bersama orang lain di aplikasi sembang online iaitu MiChat. Menurutnya, perbuatan berkenaan dianggap keterlaluan serta tidak bermoral dan dilakukan untuk kepentingan pihak tertentu.

Namun, setelah dia tampil mendedahkan mengenai akaun tersebut kepada umum menerusi laman instagramnnya, akaun palsu berkenaan telah dipadam oleh individu terbabit.

“Alhamdullilah. Akaun palsu yang menggunakan nama saya dipadamkan. Sedia maklum sebarang penyebaran yang berunsurkan lucah melalui sosial media, apatah lagi menggunakan nama orang lain atas kepentingan sendiri adalah tindakan yang tidak bermoral. Saya belajar agama dan mengajar agama. Takutlah pada Allah,”

Fatin turut memaklumkan bahawa dia hanya aktif menerusi dua laman sosial iaitu Facebook dan Instagram.

Dalam pada itu, dia turut menjelaskan bahawa sebab utama dia tampil memberi kenyataan tersebut adalah hanya untuk mempertahankan maruah dirinya daripada sebarang fitnah yang tidak benar kerana ianya telah melibatkan diri serta keluarganya.

“Saya mohon selain daripada akaun berkenaan tolong report sebagai spam, kerana akaun ini menyamar jadi saya. Saya doakan agar kita semua dijauhkan daripada fitnah yang besar ini dan diberikan kekuatan untuk menentang sebarang penipuan dan kezaliman ke atas orang lain,” – Fatin Nurul Ain

Sumber: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...