Dituduh Guna Wang Rakyat Naik Pesawat Mewah, Menteri Agama Beri Penjelasan

Trending

Dituduh Guna Wang Rakyat Naik Pesawat Mewah, Menteri Agama Beri Penjelasan

Di Twitter, tular rakaman video menunjukkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menaiki sebuah pesawat mewah ketika lawatan kerja ke Arab Saudi. Rakaman itu menimbulkan persoalan ramai sehingga ada yang menuduh beliau menyalah gunakan wang rakyat.

Bertanggungjawab untuk memberi penjelasan, Datuk Seri Dr Zulkifli berkata tuduhan yang dibuat adalah tidak benar sama sekali. Beliau menaiki penerbangan menggunakan Saudia Airlines dari Kuala Lumpur ke Riyadh sama seperti penumpang lain.

Advertisement

Penerbangan dari Riyadh ke Madinah seperti dalam video tular pula diuruskan sepenuhnya oleh Liga Muslim Sedunia (Muslim World League). Jelasnya lagi, ini berikutan jemputan Diraja untuk bertemu Gabenor Madinah, YM Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud.

Malah, Menteri Agama dimaklumkan baginda amat sukacita apabila mendapat tahu ada Menteri dari Malaysia berkelulusan Universiti Islam Madinah telah berkunjung ke sana atas urusan negara. Oleh sebab itu, baginda telah membuat jemputan Diraja beserta dengan pesawat berkenaan.

Jelas beliau, semua program dan mesyuarat penting berkaitan haji, umrah dan hal ehwal Islam di Arab Saudi ini diatur dan ditaja sepenuhnya oleh Liga Muslim Sedunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...