Dituduh Gedik, Didi Astillah Tampil Beri Sebab Kakak Dukung Turun Gunung Kinabalu – “Yang Kami Daki Tu Bukan Bukit-Bukit Manja…”

Hiburan

Dituduh Gedik, Didi Astillah Tampil Beri Sebab Kakak Dukung Turun Gunung Kinabalu – “Yang Kami Daki Tu Bukan Bukit-Bukit Manja…”

Pelakon dan penyanyi, Didi Astillah tampil menjelaskan stamina dirinya tidak kuat menyebabkan kakaknya, Bella Astillah mengambil keputusan untuk mendukungnya ketika menuruni Gunung Kinabalu di Sabah.

Menerusi satu hantaran di Instagram Storynya, Didi berkata dia tidak mempunyai stamina yang tinggi serta dia akui kurang aktif bersukan sejak di bangku sekolah.

Advertisement

didi astillah

Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah turut berkata, sebagai seorang yang gayat, dia merasakan Gunung Kinabalu agak mencabar berbanding tempat-tempat pendakian yang lain.

Yang kami daki tu Gunung Kinabalu, bukan bukit-bukit manja jadi, apa-apa kesakitan fizikal atau mental yang tak dijangka kadang boleh terjadi.

 

Bila daki lain rasanya, bila turun orang yang gayat atau takut dengan ketinggian mesti faham apa yang saya rasa.

 

Bukan tiada malim gunung, cuma bila ada kakak sendiri yang tenangkan dan pujuk, panik saya mula reda.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas dikritik ‘manja’ oleh seorang individu yang mengatakan dirinya ‘gedik’ kerana membiarkan kakaknya mendukungnya.

@didi_angel_astillah Time ni dah start rasa tak larat yang teramat sangat dan panic bila tengok tempat tinggi rasa gayat sampai nangis. Kaklong pujuk & angkat terus masa ni😌 The best kaklong in the world goes to @Bella Astillah 🫶🏻 #GunungKinabalu ♬ Anugerah Terindah – Andmesh

Kata Didi lagi, tindakan tersebut bukanlah dibuat-buat seperti yang disangka oleh netizen tetapi dia sememangnya tidak mampu untuk meneruskan pendakian.

Memang tidak sempat untuk menggedik. Banyak fikir tentang (keadaan sekeliling) batu-batu, tangga dan bukit curam yang buat saya gayat.

Terdahulu, tular satu video memaparkan Didi didukung oleh Bella ketika mereka berdua menuruni puncak gunung tertinggi di rantau Asia Tenggara itu.

Didi Astillah berang dengan Ruhainies
1 month ago

Didi Astillah Berang Ruhainies Tuduh Bella Astillah Rancang Kes Tangkap Khalwat? - “Kau DM Dato’, Founder Sebar Fitnah”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...