Pelakon Scha Elinnea yang baru-baru ini ada berkongsi perasaan bersyukurnya kerana dapat memiliki kereta jenama mewah pada usia muda mengundang cakap-cakap buruk daripada netizen.
Ujar Scha,21, dia ada menerima mesej menerusi Instagramnya yang menuduh dia menggunakan duit haram untuk membeli kereta mewah yang berharga hampir RM200,000 itu.
View this post on Instagram
Scha atau nama sebenarnya Natasha Mohamed Mubeen tampil menafikan bahawa dia sama sekali tidak akan menggunakan duit haram atau memberikan duit seperti itu kepada ahli keluarga seperti yang didakwa sesetengah pihak.
“Ada orang DM, hantar screen shot komen ‘dia ni mesti ada orang bela’. Cuba fikir sendiri, takkanlah tak boleh fikir, bulan Ramadan ini saya nak berikan duit haram kepada keluarga saya atau beli kereta guna duit haram. Saya takkan lakukannya. Tak kisah apa orang nak cakap. Buat apa nak kisah pun. Orang yang kenal saya saja tahu bagaimana susahnya saya mencari duit..”
Katanya lagi, dia berasa bangga kerana telah menggunakan duitnya sendiri yang disimpan sejak umur 15 tahun untuk memberli kenderaan tersebut.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Mengakui dirinya lahir daripada keluarga yang sederhana, Scha berkata dia sebenarnya sudah mencari duit dengan bekerja sejak umur 15 tahun dengan melakukan promosi produk di media sosial dan juga sebagai model.
“Setiap bulan mesti ada simpanan untuk mendapatkan impian saya iaitu memiliki kereta pada umur 21 tahun dan rumah sebelum usia 25 tahun..” akhiri Scha yang kini turut menceburi bidang perniagaan.