Ammar Mohd Nazhan Noralyadi, 29, pempengaruh kontroversi dan rakannya, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini, atas pertuduhan melakukan gaduh gempar dalam satu perlawanan tinju, Selasa lalu.
Tertuduh, Ammar Mohd Nazhan Noralyadi, 29, dan seorang lagi pempengaruh, Muhammad Hafizul Haiman, 23, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.
Disebabkan itu, kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum bawah seksyen yang sama, jika sabit kesalahan boleh dipenjara enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya.
Peguam yang mewakili kedua-dua tertuduh, K Ramalingam memohon jaminan minimum kerana anak guamnya yang bekerja sebagai pencipta kandungan hanya mempunyai pendapatan RM2,000 sebulan.
Kedua-dua anak guam tidak berkahwin, tetapi menjaga ibu bapa yang sudah tua. Mohon mahkamah memberikan bon jaminan hanya untuk memastikan kehadiran tertuduh.
Mahkamah membenarkan jaminan RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 April untuk sebutan kes.
Sebelum ini, media melaporkan polis telah menahan 11 lelaki termasuk pempengaruh media sosial selepas terbabit dalam rusuhan di restoran di Bukit Bintang ketika perlawanan tinju.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.