January 24th, 2020

Umum mengetahui kemelut rumah tangga di antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya Noor Nabila, masih belum menemui jalan penyelesaian. Nabila mengakui dia sudah tawar hati dan meluahkan rasa kesal apabila aktor itu seakan melengah-lengahkan proses perceraian mereka.

sharnaaz ahmad tiada usaha berdamai

Ramai yang tanya mengapa dia berbuat demkian, adakah kerana masih sayang atau hendak menyeksa perasaan isterinya itu? Ada segelintir netizen yang menuduh Sharnaaz dayus.

Tampil membuka mulut mengenai dakwaan enggan melepaskan kakak kepada Neelofa itu, Sharnaaz berkata apa yang dilaluinya sangat rumit. Apa yang dilakukan ini demi anak atau lebih tepat sebagai bapa kepada Jebat.

sharnaaz ahmad noor nabila

Nampak macam tidak patut saya lengah-lengahkan semua ini. Hakikatnya, tampak mudah, tapi rumit. Apa yang saya lakukan ini demi anak atau lebih tepat sebagai bapa kepada Jebat.

Saya mahu hak saya biarpun sedikit. Jadi, saya biarkan hal ini kepada Mahkamah Syariah untuk melakukan tugas mereka.

noor nabila sharnaaz ahmad

Soal Nabila sudah tidak mahu saya lagi, itu hak dirinya. Saya faham dan tidak boleh buat apa-apa jika orang sudah tawar hati.

Menurut Sharnaaz, sejak berlakunya krisis rumah tangganya dia tidak pernah cuba menegakkan benang basah. Satu hari nanti, pasti orang luar akan tahu apa sebenarnya terjadi.

nabila tak sekat sharnaaz jumpa jebat

Saya tidak salahkan sesiapa atas apa yang berlaku mahupun menuding jari. Saya tak cakap diri ini betul dan dia salah. Saya yang lalai.

Saya percaya pada akhirnya, orang di luar akan tahu apa sebenarnya terjadi. Saya tak boleh hentikan andaian atau apa saja orang luar fikirkan. Mungkin ada yang betul dan sebaliknya. Terpulang. Apa yang saya mahu akan diumumkan kelak.

Terdahulu, Nabila berkata suaminya itu langsung tidak menunjukkan usaha untuk berdamai demi menyelamatkan perkahwinan mereka. Pada 11 September lalu, mahkamah memerintahkan satu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dibentuk bagi mencari penyelesaian dalam kes tuntutan cerai pasangan ini. Bagaimanapun, Sharnaaz pula memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya itu pada 30 September lalu.

Sumber Berita : BH ONLINE

9 responses to “Dituduh Dayus Sengaja Lengahkan Proses Penceraian, Ini Respon Sharnaaz Ahmad”

  1. Girl says:

    Aku rasa masalah dia orang boleh selesai sekiranya si Nabila nie pindah duduk dengan suami sendiri dan tanpa campur tangan keluarga… Hidup berdikari dengan suami ister dan anak. Walau sekaya mana pun tapi tidak taat pada suami susah juga. Kalau dari mula nak hidup mewah kenapa tak kawin dengan anak Dato yang kaya raya. Aku tak mahu cakap pasal kakak & adik Nabila nie pun bercerai juga sebelum nie sebab aku tahu nie kuasa Allah tapi macam agak pelik juga sebenarnya…

    Hopefully korang berdua nie berbaik balik dan hidup dengan aman dan harmoni macam orang lain tanpa campur tangan keluarga..

  2. puakatebingbiru says:

    just want to say..what u done, you get back….fattah amin is the most luckiest here sebab dia terpelihara from all the shit (this family drama)

  3. Anonymous says:

    X kanlah sentiasa ‘bercerai berai’ tu dianggap takdir Allah…ramai je yg kaya tg lbh kaya dr family Lofa bahagia je tanpa cerai

    Mungkin juga sbb bercerai berai dan hidup x bahagia mkn dari hasil haram…who knows…

    X da org pun nk pertikaikan jodoh nasib rezeki org…tp klau kerap trjadi..family tu lah kna muhasabah…bkn sebab ketentuan dr Allah…
    Nk kipas Lofa pub agak2 ler….peace

  4. Rezeki says:

    Pada pengomen d atas 10 48am percaya tak Jodoh Ajal Rezeki ditangan Allah SWT. Tak semua family perfect ada yang bahagia hingga akhir hayat ada yang terkandas di tengah jalan. Siapa yang nak kawin untuk bercerai kan?

    Rezeki datang dalam pelbagai cara, Ada yang kaya tapi tak dikurniakan anak, Ada yang miskin tapi anak soleh/solehah, & macam2. Jangan di pertikaikan rumah tangga orang tak bahagia ber cerai & so on mungkin Allah swt beri keistimewaan yang lain kepada mereka seperi bisnes maju, rezeki tak putus2 & lain2..

    Semoga anda & keluarga anda bahagia hendaknya

  5. Anonymous says:

    Rupanya kakak sulong Neelofa pun bercerai berai juga…dan telah selamat melangsungkan perkahwinan kali ke 3 dan dikhabarkan turut dihadiri oleh ayah kandung Neelofa.

    So yg kakak sulong pun bercerai, Nabila pun bercerai (2nd marriage)..next..moga dijauhkan.

    Dah jadi trend ke bercerai berai keluarga Neelofa ni…3 beradik perempuan Mak Tini dan Mak Tini pun pernah bercerai etc.

    Little Miss Khan pun dah 2 kali putus cinta dan her 1st love dengan bekas Anak Menteri pun dah clash (sejak BN kalah pilihanraya)

    Pelik gak ya…keluarga ni ke bermasalah atau sering mendapat pasangan yang salah?

    Nak tunggu Sharnaz komen apa pulak lepas ni…so Fattah Amin..you are so lucky dan Allah tidak jodohkan engkau dgn Neelofa…semoga ada hikmah disebaliknya.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini