January 24th, 2020

Umum mengetahui kemelut rumah tangga di antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya Noor Nabila, masih belum menemui jalan penyelesaian. Nabila mengakui dia sudah tawar hati dan meluahkan rasa kesal apabila aktor itu seakan melengah-lengahkan proses perceraian mereka.

sharnaaz ahmad tiada usaha berdamai

Ramai yang tanya mengapa dia berbuat demkian, adakah kerana masih sayang atau hendak menyeksa perasaan isterinya itu? Ada segelintir netizen yang menuduh Sharnaaz dayus.

Tampil membuka mulut mengenai dakwaan enggan melepaskan kakak kepada Neelofa itu, Sharnaaz berkata apa yang dilaluinya sangat rumit. Apa yang dilakukan ini demi anak atau lebih tepat sebagai bapa kepada Jebat.

sharnaaz ahmad noor nabila

Nampak macam tidak patut saya lengah-lengahkan semua ini. Hakikatnya, tampak mudah, tapi rumit. Apa yang saya lakukan ini demi anak atau lebih tepat sebagai bapa kepada Jebat.

Saya mahu hak saya biarpun sedikit. Jadi, saya biarkan hal ini kepada Mahkamah Syariah untuk melakukan tugas mereka.

noor nabila sharnaaz ahmad

Soal Nabila sudah tidak mahu saya lagi, itu hak dirinya. Saya faham dan tidak boleh buat apa-apa jika orang sudah tawar hati.

Menurut Sharnaaz, sejak berlakunya krisis rumah tangganya dia tidak pernah cuba menegakkan benang basah. Satu hari nanti, pasti orang luar akan tahu apa sebenarnya terjadi.

nabila tak sekat sharnaaz jumpa jebat

Saya tidak salahkan sesiapa atas apa yang berlaku mahupun menuding jari. Saya tak cakap diri ini betul dan dia salah. Saya yang lalai.

Saya percaya pada akhirnya, orang di luar akan tahu apa sebenarnya terjadi. Saya tak boleh hentikan andaian atau apa saja orang luar fikirkan. Mungkin ada yang betul dan sebaliknya. Terpulang. Apa yang saya mahu akan diumumkan kelak.

Terdahulu, Nabila berkata suaminya itu langsung tidak menunjukkan usaha untuk berdamai demi menyelamatkan perkahwinan mereka. Pada 11 September lalu, mahkamah memerintahkan satu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dibentuk bagi mencari penyelesaian dalam kes tuntutan cerai pasangan ini. Bagaimanapun, Sharnaaz pula memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya itu pada 30 September lalu.

Sumber Berita : BH ONLINE

9 responses to “Dituduh Dayus Sengaja Lengahkan Proses Penceraian, Ini Respon Sharnaaz Ahmad”

  1. Nani says:

    Smg Allah panjangkan jodoh sharnaaz dan nabila..kesian dekat baby jebat..

  2. Love dont judge says:

    Apa yang terjadi dengan keluarga diorang atau rumah tangga diorang hanya dorang yang tahu.. Tak perlu kita sebagai orang luar judge.. our life pun tak perfect kan. Doa je yang baik-baik guys

  3. ayoi says:

    dh klu bini ko xnk berbaik ko lepas je..buat pe ko keep lg..org dh x sudi sharnazz oii…pasal anak???Allah sblm nabila failkan cerai pun korg dh duduk asing2…ape mslh dgn anak..dia pun dh biasa jumpa ko seminggu sekali…so mslh skrg ni nabila nk cerai, ko xnk…kire ko x gentleman laa…bini dh x ske nk simpan buat ape lg…x semesti bercerai hdp x bahagia…mne tau lps bercerai hdp ko lbh bahagia..ko kne bljr terima takdir dan bljr melepaskan sharnazz oiiii….mmg laa rumit..mne aee org bercerai senang nk terima…amik mase..y pntg bljr melepaskan…skrg y nmpk terhegeh2 ko..nabila mmg dh xnk dgn ko daa….ko je y terhegeh2 masih mengharap kat dia buat ape…come on laa jgn malukan kaum lelaki sharnazz oii…bercerai x semesti kne membenci igt tu…

  4. Anonymous says:

    xyah tunggu 1hari nnti org luar tau shahnaz oiii…. sblm kawin ramai dh pesan jauh kan diri dari family lopak serba serbi puaka.. mulut puaka perangai puaka.. pakej pengotor lagi… padan muka nk sgt kawin keturunan paki jenis nih…

Leave a Reply to Love dont judge Cancel reply