Umum mengetahui kemelut rumah tangga di antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya Noor Nabila, masih belum menemui jalan penyelesaian. Nabila mengakui dia sudah tawar hati dan meluahkan rasa kesal apabila aktor itu seakan melengah-lengahkan proses perceraian mereka.
Ramai yang tanya mengapa dia berbuat demkian, adakah kerana masih sayang atau hendak menyeksa perasaan isterinya itu? Ada segelintir netizen yang menuduh Sharnaaz dayus.
Tampil membuka mulut mengenai dakwaan enggan melepaskan kakak kepada Neelofa itu, Sharnaaz berkata apa yang dilaluinya sangat rumit. Apa yang dilakukan ini demi anak atau lebih tepat sebagai bapa kepada Jebat.
Nampak macam tidak patut saya lengah-lengahkan semua ini. Hakikatnya, tampak mudah, tapi rumit. Apa yang saya lakukan ini demi anak atau lebih tepat sebagai bapa kepada Jebat.
Saya mahu hak saya biarpun sedikit. Jadi, saya biarkan hal ini kepada Mahkamah Syariah untuk melakukan tugas mereka.
Soal Nabila sudah tidak mahu saya lagi, itu hak dirinya. Saya faham dan tidak boleh buat apa-apa jika orang sudah tawar hati.
Menurut Sharnaaz, sejak berlakunya krisis rumah tangganya dia tidak pernah cuba menegakkan benang basah. Satu hari nanti, pasti orang luar akan tahu apa sebenarnya terjadi.
Saya tidak salahkan sesiapa atas apa yang berlaku mahupun menuding jari. Saya tak cakap diri ini betul dan dia salah. Saya yang lalai.
Saya percaya pada akhirnya, orang di luar akan tahu apa sebenarnya terjadi. Saya tak boleh hentikan andaian atau apa saja orang luar fikirkan. Mungkin ada yang betul dan sebaliknya. Terpulang. Apa yang saya mahu akan diumumkan kelak.
Terdahulu, Nabila berkata suaminya itu langsung tidak menunjukkan usaha untuk berdamai demi menyelamatkan perkahwinan mereka. Pada 11 September lalu, mahkamah memerintahkan satu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dibentuk bagi mencari penyelesaian dalam kes tuntutan cerai pasangan ini. Bagaimanapun, Sharnaaz pula memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya itu pada 30 September lalu.