Dituduh Curi Telefon Bimbit, Lelaki Ini Melecur Selepas Dibakar Rakan Sendiri

Trending

Dituduh Curi Telefon Bimbit, Lelaki Ini Melecur Selepas Dibakar Rakan Sendiri

Seorang lelaki yang berusia 29 tahun bertindak membakar rakannya sendiri di sebuah rumah tidak bernombor di Alor Gajah, Melaka selepas menuduh rakannya mencuri telefon bimbit kekasihnya. Hal ini menyebabkan mangsa melecur di bahagian tangan, leher dan bahagian belakang badan selepas disimbah petrol lalu membakar mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu, sebelum kejadian mangsa diarahkan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Aki datang ke rumahnya untuk menuntut hutangnya dan didapati suspek juga turut berada di rumah berkenaan sambil mereka menghisap syabu.

Advertisement

Dalam pengaruh dadah, suspek menuduh mangsa mencuri telefon bimbit kekasihnya dan mengarahkannya untuk mengembalikannya semula.

“Suspek mengarahkan mangsa masuk ke dalam bilik dan  menyimbah petrol ke badan mangsa sebelum menyalakan pemetik api lalu melontarkan ke arah mangsa”

Mangsa sempat menyelamatkan diri dengan masuk ke bilik air untuk memadamkan api berkenaan.

Hasil siasatan mendapati suspek mengambil petrol daripada gergaji rantai rumah berkenaan dan menyimbahnya ke tubuh mangsa.

Suspek bertindak melarikan diri dan kini mangsa mendapat rawatan di Hospital Alor Gajah dan akan dipindahkan ke Hospital Melaka.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mendatangkan kecederaan parah.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...