Dituduh Curi RM40K & Barang Kemas, Lelaki Etnik Rohingya Dipukul Hingga Mati Sebelum Ditanam Dalam Kolah

Kehidupan

Dituduh Curi RM40K & Barang Kemas, Lelaki Etnik Rohingya Dipukul Hingga Mati Sebelum Ditanam Dalam Kolah

Seorang lelaki etnik Rohingya berusia 20-an dipercayai telah dipukul sehingga mati sebelum mayatnya diletakkan di dalam sebuah kolah dan ditimbus dengan tanah.

Menurut laporan, mangsa yang bekerja sebagai tukang rumah di Sungai Petani itu telah dituduh mencuri wang tunai berjumlah lebih RM40,000 serta barang kemas. Difahamkan mangsa menetap bersama majikannya di sebuah kawasan perumahan sejak empat bulan yang lalu.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata polis telah menerima panggilan pada 28 Januari lepas jam 10.30 malam daripada seorang wanita yang memaklumkan bahawa suaminya telah ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di kawasan perumahan itu.

 

tape Garisan Polis di lokasi kejadian

 

Dituduh curi duit majikan

Kata Wan Azharuddin, punca kejadian itu adalah kerana majikan mangsa menuduhnya mencuri wang tunai sebanyak RM40,150 serta rantas emas dan subang hidung di rumah berkenaan, 4 Januari lalu.

Terdahulu, majikan si mati yang juga merupakan suspek kejadian itu ada membuat laporan polis berhubung kes kehilangan tersebut dan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Suspek turut menahan si mati dan isterinya serta bapa mangsa yang mempunyai kad pelarian Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) sejak sebulan lalu dan memukul si mati untuk mendapatkan semula wang tunai yang hilang itu.

Si mati dipercayai turut dipukul beberapa individu dipercayai etnik Rohingya. Si mati dipercayai sudah meninggal dunia lebih 24 jam pada tarikh dan waktu dia ditemui.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin

 

Ada kesan ikatan pada mangsa

Selepas dipukul hingga mati, mayat mangsa ditutup dengan kain cadar dan dimasukkan ke dalam kolah air sebelum ditimbus dengan tanah di sebuah rumah berhampiran kawasan berkenaan.

Pasukan Forensik dari IPK Kedah yang melakukan pemeriksaan di tempat kejadian mendapati kesan ikat di kaki dan tangan mangsa selain kesan lebam dan luka akibat pukulan benda tumpul di kedua-dua paha, kaki dan belakang badan.

Lelaki tempatan berusia 35 tahun yang juga suspek pertama ditahan berikutan terdapat dua rakaman video dia sedang memegang tali dan memukul di mati. Rumah tempat mangsa dipukul turut di geledah dan ditemui senjata serta tali yang digunakan.

Tambah Wan Azharuddin, suspek pertama itu turut mempunyai rekod lampau Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Polis turut menahan enam lagi suspek etnik Rohingya untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mati sebab bekerja
5 months ago

Lelaki Maut Selepas Kerja 104 Hari Tapi Cuma Diberi Cuti Sehari, Majikan Diarah Bayar Lebih RM200K Sebagai Pampasan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...