Dituduh Curi Gambar Gadis Dan Sebar Di Grup Porno, Guru Tampil Beri Penjelasan

Trending

Dituduh Curi Gambar Gadis Dan Sebar Di Grup Porno, Guru Tampil Beri Penjelasan

Semalam tular di media sosial kes seorang guru lelaki yang didakwa telah mencuri beberapa keping gambar seorang gadis dan kemudian menyebarkannya dalam kumpulan Matscandal di aplikasi Telegram.

guru

Advertisement

Gadis tersebut yang berang kerana digelar ‘pelacur berbayar’ oleh guru berkenaan bertindak menyebarkannya di media sosial sehingga mendapat perhatian netizen.

Rata-rata netizen bertindak mengecam dan meluahkan perasaan marah terhadap guru tersebut.

Menyedari dirinya dikecam hebat, akhirnya guru berkenaan tampil menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya.

Menurut guru yang mahu dikenali sebagai Saufi, keberadaannya di dalam kumpulan sembang pornografi aplikasi Telegram tersebut hanyalah untuk memantau senario yang semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat kini terutamanya di kalangan pelajar.

guru

Namun niatnya itu disalah erti sehingga memakan diri. Jelasnya lagi, ayat ‘pelacur bayar admin’ itu sebenarnya merujuk kepada perbualan sebelumnya di dalam kumpulan itu dan bukannya kapsyen bagi gambar berkenaan seperti yang disangka gadis berkenaan.

“Sebelum saya menghantar gambar itu, ada perbualan mengenai pelacur di dalam grup berkenaan.

“Saya mengaku silap saya membalas perbualan itu dengan meletakkan gambar wanita itu hingga membuatkan ramai yang menyangka ia kapsyen untuk gambar tersebut.

“Lebih parah apabila ada pihak yang cuba menambah-nambah cerita tak baik mengenai saya. Apapun, saya dengan hati terbuka memohon maaf kepadanya,” katanya.

Ditanya lanjut mengenai gadis berkenaan, Saufi mendakwa tidak mengenalinya secara peribadi.

Saufi yang terkilan dengan tindakan gadis itu berkata dia juga sempat memaki dan mengugutnya di Twitter. Sehubungan itu, Saufi telah telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

guru

Malah disebabkan salah faham ini, menurut Saufi hubungannya dengan keluarga terutama isteri telah terjejas sehingga sukar tidur malam.

“Saya sangat terkilan perkara ini berlaku. Tindakan dia memviralkan muka saya membuatkan orang ramai menyerang dan mencaci maki sehingga emosi saya terganggu dan terpaksa menjelaskan mengenai perkara itu kepada isteri saya.

“Keluarga terkejut dengan apa yang berlaku. Dua hari juga kami tak boleh tidur kerana memikirkan permasalahan ini,” ujarnya.

Dia bagaimanapun tidak memberikan alasan kukuh mengapa gambar itu dihantar ke grup tersebut.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...