Selepas dituduh berlaku curang semasa bergelar isteri kepada pelawak dan pelakon Along Cham, Afreena Suhaimi tampil mempertahankan diri.
Memetik laporan Mstar, Afreena menafikan dakwaan tersebut dan menganggapnya sebagai satu tuduhan tidak berasas.
Saya tak tahu macam mana isu curang ni boleh timbul.
Saya menafikan sebab saya tak pernah curang dengan dia. Itu semua hanyalah tuduhan.
Afreena berkata demikian ketika ditemui selepas prosiding pengesahan lafaz cerai taklik di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Kata Afreena, dia juga tidak pernah terfikir untuk membuat perkara itu memandangkan dirinya sibuk bekerja.
Saya terlalu sibuk, saya ada kerja dan karier yang ingin dikejar. Saya tak ada masa nak buat benda-benda macam tu.
Dalam pada itu, Afreena hanya mampu beristighfar apabila Along mendakwa dia mengabaikan anak sendiri.
View this post on Instagram
Saya rasa perkara tu tak ada kena mengena dengan kes kami. Orang yang kenal saya tahu yang saya memang jaga anak-anak.
Mak mana yang nak buang anak.